Kereta Lamborghini Merempuh Proton Perdana Hingga Terbalik

Satu kemalangan telah berlaku di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang awal pagi tadi jam 8.40 pagi melibatkan sebuah kereta mewah Lamborghini yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun.Kereta Lamborghini Merempuh Proton Perdana Hingga Terbalik

Hasil siasatan, kemalangan dipercayai berpunca daripada kereta Lamborghini yang hilang kawalan ketika dipandu dan telah melanggar sebuah kereta Proton Perdana yang dipandu seorang wanita berusia 53 tahun hingga terbalik sebelum melanggar beberapa buah kereta lain.

Lebih kurang 5 kereta telah terlibat dalam kemalangan tersebut termasuk Proton Perdana, Mazda, Nissan Serena, Ford Ranger. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh, kesemua pemandu kereta yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan dan telah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.Kereta Lamborghini Merempuh Proton Perdana Hingga Terbalik

“Siasatan awal mendapati, kereta mewah jenis Lamborghini yang dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun tersebut menghala ke Bulatan Pahang dari arah KLIA.”Kereta Lamborghini Merempuh Proton Perdana Hingga TerbalikLelaki berkenaan gagal mengawal kenderaan dan telah melanggar kereta jenis Proton Perdana yang dipandu seorang wanita hingga terbalik.

“Kenderaan mangsa kemudiannya telah melanggar beberapa buah kenderaan lain yang berada di hadapannya. Antara kenderaan terlibat ialah Mazda, Nissan Serena, Ford Ranger,” ujarnya.Kereta Lamborghini Merempuh Proton Perdana Hingga Terbalik

Pemandu kereta Lamborghini juga telah mengambil ujian saringan air kencing serta alkohol dan keputusannya adalah negatif.

Kereta Lamborghini Merempuh Proton Perdana Hingga Terbalik

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu suatu kenderaan motor di jalan tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya atau tanpa pertimbangan yang munasabah terhadap orang lain,” tambahnya lagi.

Kredit: Kosmo

Facebook Comments Box