Kereta Remuk Dihempap Batu Besar, Satu Panggilan Telefon Selamatkan Pemandu

Berpantang maut sebelum ajal. Demikianlah yang terjadi kepada seorang lelaki yang terselamat daripada kejadian dahsyat di Malibu, California yang membuatkan keretanya rosak teruk dan hancur.Kereta Remuk Dihempap Batu Besar, Satu Panggilan Telefon Selamatkan Pemandu

Lelaki yang dikenali sebagai Mauricio Henao hampir kehilangan nyawa apabila sebuah batu bersaiz besar jatuh dari lereng bukit hingga menyebabkan keretanya remuk.

Jika melihat gambar-gambar kerosakan kereta, mesti sukar dipercayai jika pemandu atau penumpang kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kereta Remuk Dihempap Batu Besar, Satu Panggilan Telefon Selamatkan Pemandu

Namun begitu, Mauricio Henao bernasib baik kerana sebelum batu itu jatuh mengenai keretanya, dia terlebih dahulu keluar dari kereta untuk menjawab panggilan telefon daripada seseorang sebelum kemudiannya terdengar bunyi dentuman kuat.Kereta Remuk Dihempap Batu Besar, Satu Panggilan Telefon Selamatkan Pemandu

“Saya baru sahaja mendengar dentuman kuat. Saya lihat kereta saya telah remuk. Batu itu sebesar bumbung telah menghempap kereta saya. Cermin depan kereta semua pecah dan hanya tinggal rangka kereta,” ujarnya.

Meskipun trauma dengan kejadian tersebut, Mauricio Henao bagaimanapun bersyukur kerana panggilan telefon yang diterimanya diangggap menjadi penyelamat buat dirinya.Kereta Remuk Dihempap Batu Besar, Satu Panggilan Telefon Selamatkan Pemandu

Susulan kejadian tersebut, dilaporkan beberapa kenderaan berhampiran lokasi turut rosak terkena serpihan-serpihan batu. Berita baiknya, tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan susulan kejadian tersebut.

Sumber: The Mirror

Facebook Comments Box