Bak kata orang jodoh itu tidak mengenal usia, dah menjadi kebiasaan apabila pasangan berbeza usia berkahwin dan mendirikan rumah tangga. Beberapa tahun kebelakangan ini, agak biasa kita mendengar atau membawa berita lelaki lebih tua berkahwin dengan wanita yang muda 10, 20 tahun daripadanya. Penerimaan masyarakat adalah seperti biasa namun agak berbeza jika wanita yang lebih tua daripada suaminya.
Dan inilah situasi yang dialami oleh seorang wanita ini yang berusia lebih 11 tahun usianya dari suaminya.
Video yang dikongsikan oleh Roziliana ini telah menjadi viral di media sosial apabila wanita ini telah memuat naik video beliau bersama dengan seorang lelaki yang pada mulanya netizen menyangkakan ianya gambar wanita tersebut dengan anak lelaki namun sebenarnya lelaki tersebut adalah suaminya.
Video tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata anggap wajah wanita itu kelihatan lebih berusia berbanding pasangannya.
Melihat diruangan komen, rasa sedih dan marah pun ada apabila ramai sangat netizen yang meninggalkan komen berupa sindiran mengatakan suaminya adalah anak wanita tersebut.
Tidak mahu isu ini berpanjangan, wanita itu tampiI bersuara mengatakan tidak salah untuk seseorang wanita berkahwin dengan lelaki yang lebih muda.
VIDEO:
Meskipun jarak usia mereka adalah 11 tahun, sekurang-kurangnya berkahwin dengan lelaki bujang dan dia tldak meram.pas suami orang lain.
Walaupun ramai yang seakan dengki dengan jodoh wanita dan pasangan tersebut, ada juga netizen turut mendoakan agar jodoh mereka berdua berkekalan sampai akhir hayat.
Antara komen-komen netizen:
Sepatutnya kita jagalah lisan kita, jika tidak ada apa-apa perkataan/penulisan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain seeloknya berdiam diri lagi bagus. Kita sendiri tidak tahu jodoh kita atau rezeki kita nanti, jangan terlalu gelakkan orang kelak nanti kita juga menyesaI tak sudah.
Semoga berbahagia buat pasangan ini.
Sumber: @manjefiz