Kisah Sebenar Ibu Kucing Bawa Anak Ke Hospital Seolah-olah Meminta Pertolongan

MINGGU lalu, beberapa keping gambar yang memaparkan seekor ibu kucing bersama anaknya di sebuah hospital tular di media sosial.sajagempak.com - Kisah Sebenar Ibu Kucing Bawa Anak Ke Hospital Seolah-olah Meminta Pertolongan

Apa yang menarik adalah si ibu seolah-olah meminta pertolongan apabila ia dilihat meletakkan anaknya itu di hadapan sebuah bilik rawatan.

Situasi yang menyentuh hati itu berlaku di sebuah hospital di Turki.

sajagempak.com - Kisah Sebenar Ibu Kucing Bawa Anak Ke Hospital Seolah-olah Meminta Pertolongan sajagempak.com - Kisah Sebenar Ibu Kucing Bawa Anak Ke Hospital Seolah-olah Meminta Pertolongan

Kucing itu dikatakan tinggal di belakang bangunan hospital berkenaan dan diberi makan oleh mereka yang bekerja di situ.

Sedar kehadiran anak-beranak itu, petugas perubatan segera melakukan pemeriksaan.

sajagempak.com - Kisah Sebenar Ibu Kucing Bawa Anak Ke Hospital Seolah-olah Meminta Pertolongan

Seorang pesakit, Merve Ozcan, memuat naik gambar-gambar tersebut ke laman sosial dan menceritakan keadaan ketika itu.

“Hari ini saya berada di wad kecemasan di hospital, ada seekor kucing menggonggong anaknya masuk ke sini,” tulisnya.

sajagempak.com - Kisah Sebenar Ibu Kucing Bawa Anak Ke Hospital Seolah-olah Meminta Pertolongan

Media tempatan melaporkan petugas perubatan tidak menemui sebarang tanda kecederaan atau kesakitan pada anak kucing itu, namun kedua-dua si comel telah dihantar ke klinik haiwan untuk pemeriksaan lanjut.

sajagempak.com - Kisah Sebenar Ibu Kucing Bawa Anak Ke Hospital Seolah-olah Meminta Pertolongan

Situasi itu mengundang pujian pengguna media sosial yang menyifatkan cara Turki melayan kucing jalanan sebagai satu perkara yang perlu dicontohi.

sajagempak.com - Kisah Sebenar Ibu Kucing Bawa Anak Ke Hospital Seolah-olah Meminta Pertolongan

“Kucing haiwan yang bijak. Ia tahu ke mana mahu dituju dan siapa yang boleh memberi pertolongan,” kata pengguna Twitter.

Sumber: Astro Awani

Facebook Comments Box