‘Kuali Raksasa’ Ditemui Tertanam Sedalam 3 Meter Bawah Tanah, Didakwa Millik Makhluk Gergasi

Penduduk kampung dikejutkan dengan penemuan satu objek berbentuk seakan kuali gergasi yang tertanam 3 meter di bawah tanah.'Kuali Raksasa' Ditemui Tertanam Sedalam 3 Meter Bawah Tanah, Didakwa Millik Makhluk Gergasi

Berlaku di Kretek Jambidan, Jogjakarta, penyewa tanah berkenaan yang dikenali sebagai Supardi memberitahu CNN Indonesia bahawa ‘kuali gergasi’ itu ditemui oleh seorang pekerja projek perladangan yang sedang melakukan penggalian.

Penemuan tersebut telah menarik perhatian ramai penduduk kampung penduduk tempatan dan ada yang mendakwa ‘kuali gergasi’ itu merupakan peralatan makhluk asing kerana agak jarang sekali menemui manusia menggunakan kuali sebesar itu.

Selain itu ada juga yang mendakwa ianya sebagai kuali raksasa purba dan digunakan oleh makhluk gergasi.

Supardi bagaimanapun kurang percaya dan berpandangan ianya merupakan sebahagian daripada mesin pam air yang digunakan sejak pada zaman penjajahan Belanda suatu ketika dahulu.'Kuali Raksasa' Ditemui Tertanam Sedalam 3 Meter Bawah Tanah, Didakwa Millik Makhluk Gergasi

Pihak Belanda membina pam air untuk mengairi kawasan wilayah Jambidan termasuk Kretek yang pada dulunya pernah digunakan sebagai ladang penanaman tebu.

Pada tahun 1980 dahulu, kerajaan dan penduduk tempatan pernah cuba mengaktifkan semula sistem pam tersebut tetapi gagal kerana air tidak dapat mengalir ke semua kawasan. Akhirnya, objek dan benda peninggalan Belanda itu dikuburkan ke bawah tanah bersama-sama dengan kolam di sekelilingnya.

Ketua kampung, Riyan Hidayat juga percaya benda itu merupakan barang peninggalan Belanda dan bukan barangan zaman purba seperti didakwa beberapa orang tempatan, kerana tiada bukti kewujudan kerajaan kuno di tempat mereka sehingga ke hari ini.

 

Facebook Comments Box