‘Kuasa Bini Lagi Power..” Lelaki Menangis Serah Diri Ke Balai Polis Selepas Meragut Wanita Di Depan Bank

Kisah yang pernah tular dahulu ini mengenai satu kisah yang mungkin agak lawak dan lucu bagi sesetengah orang. Kisahnya mengenai  seorang penyamun dengan berani meragut seorang wanita di bank namun tak sempat membawa balik motosikalnya yang enjinnya masih hidup. Akibatnya dia akhirnya terpaksa serah diri gara-gara satu sebab yang langsung tak dijangka.'Kuasa Bini Lagi Power.." Lelaki Menangis Serah Diri Ke Balai Polis Selepas Meragut Wanita Di Depan Bank

Perkongsian ini diceritakan oleh seorang wanita menerusi laman Facebook miliknya Ayus Haiqal. Kisahnya wanita ini bernasib malang apabila diragut dihadapan sebuah bank oleh penyamun.

Menurut pemilik akaun tersebut, kejadian malang itu berlaku pada Jumaat malam di hadapan sebuah bank. Penyamun tersebut melarikan diri selepas meragut dan meninggalkan motosikalnya dalam keadaan enjin tidak dimatikan.

Susulan dari itu, wanita tersebut membawa motosikal tersebut terus ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan. Namun ketika dia membuat laporan polis, sungguh tidak disangka…

“Si peragut datang ke balai nangis-nangis! Katanya motor tu bini dia punya. Dia takut bini dia marah. Menyamun dia tak takut, tapi dia lagi takut kena marah dengan bini”, tulis Ayus Haiqal.

'Kuasa Bini Lagi Power.." Lelaki Menangis Serah Diri Ke Balai Polis Selepas Meragut Wanita Di Depan Bank

Disebabkan itu, habis satu balai tertawakan penyamun tersebut! Dari nak geram terus terbahak dibuatnya baca kisah wanita ini.

Rata-rata netizen juga turut tertawa dengan kisah insiden ragut ini. Barang-barang yang diragut juga dapat balik kepada wanita berkenaan.'Kuasa Bini Lagi Power.." Lelaki Menangis Serah Diri Ke Balai Polis Selepas Meragut Wanita Di Depan Bank

Kuasa bini lagi powerrr

'Kuasa Bini Lagi Power.." Lelaki Menangis Serah Diri Ke Balai Polis Selepas Meragut Wanita Di Depan Bank

Nasib baik tiada apa-apa..

'Kuasa Bini Lagi Power.." Lelaki Menangis Serah Diri Ke Balai Polis Selepas Meragut Wanita Di Depan Bank

Semoga lelaki ini insaf dan tolong janganlah mengulangi perbuatan ragut-ragut sebegini, sebaliknya cuba cari rezeki halal yang tidak menyalahi undang-undang.

Sumber: Ayus Haiqal

Facebook Comments Box