Kucing Berkelakuan Aneh Seolah Mahu Tuan Mengikutnya Ke Satu Tempat, Sampai Di Lokasi Pemiliknya Terkejut Dengan Penemuan Bayi

Kucing Berkelakuan Aneh Seolah Mahu Tuannya Mengikutnya Ke Suatu Tempat, Sampai Di Lokasi Pemiliknya Terkejut Dengan Penemuan Bayi. Semakin hari, semakin banyak pula kes pembuangan bayi di merata tempat. Ibu-ibu ini dah tak sayang anak ke?sajagempak.com - Kucing Berkelakuan Aneh Seolah Mahu Tuannya Mengikutnya Ke Satu Tempat, Sampai Di Lokasi Pemiliknya Terkejut Dengan Penemuan Bayi

Lebih menyedihkan dalam kes terbaru ini, seorang bayi perempuan telah dibuang di tempat pembakaran sampah, semalam dekat Jalan Dusun Muda, Kota Bharu. Namun mujurlah seekor kucing berjaya menemuinya dan menyelamatkan bayi tersebut daripada bahaya, lapor Sinar Harian. Alhamdulillah!

“Niat nak cari Laila sebab lari keluar rumah. Pastu dah sampai situ dengar baby nangis…” Menerusi perkongsian pemilik kepada kucing yang menemui bayi tersebut, semuanya bermula apabila suaminya, Mohd Norazam Che Wahab, 31, telah melepaskan kucing betina peliharaan mereka di luar rumah sekitar jam 8 pagi.sajagempak.com - Kucing Berkelakuan Aneh Seolah Mahu Tuannya Mengikutnya Ke Satu Tempat, Sampai Di Lokasi Pemiliknya Terkejut Dengan Penemuan Bayi

 

Namun tak semena-mena, kucing tersebut berlari pantas ke kawasan rumput berhampiran tempat pembakaran sampah. Bimbang kucing tersebut hilang, Mohd Norazam pun ikut kucingnya di kawasan itu sebelum mendengar bunyi tangisan bayi.

Jiran ternampak kereta mencurigakan berhenti di tempat pembakaran sampah . Menurut Mohd Norazam, dia pada mulanya ingat bunyi tangisan itu merupakan bunyi kucing lain yang mungkin ada di kawasan itu. Namun tidak disangka, bayi pula yang dijumpainya.sajagempak.com - Kucing Berkelakuan Aneh Seolah Mahu Tuannya Mengikutnya Ke Satu Tempat, Sampai Di Lokasi Pemiliknya Terkejut Dengan Penemuan Bayi

“Saya dengar bayi menangis, mula-mula saya ingatkan bunyi kucing lain dan tak nampak apa-apa. “Saya tanya jiran, mereka beritahu saya tidak ada bayi di rumah itu sebelum ternampak seorang bayi perempuan tidak berpakaian di atas rumput,” tambahnya.

Sebaik terlihat bayi itu, dia kemudian memanggil jiran untuk mengambil dan mengangkatnya kerana bimbang ia digigit semut. Manakala anak jiran pula bergegas menghubungi pihak polis untuk memaklumkan penemuan.

sajagempak.com - Kucing Berkelakuan Aneh Seolah Mahu Tuannya Mengikutnya Ke Satu Tempat, Sampai Di Lokasi Pemiliknya Terkejut Dengan Penemuan Bayi

 

Dalam pada itu, salah seorang jiran juga memberitahu dia ada melihat sebuah kereta mencurigakan berhenti dalam tempoh agak lama di kawasan penemuan bayi perempuan itu pada awal pagi tersebut. “Dia nampak tapi tak syak apa-apa yang pelik sampailah dia sendiri beritahu perkara itu kepada saya selepas penemuan bayi ini,” kata Mohd Norazam.

“Superhero meow! Good job meow!” . Rata-rata warganet yang membaca kisah ini telah memuji penduduk kejiranan berkenaan dan ‘terharu’ dengan petunjuk yang diberikan kucing tersebut. Kucing pun sayang baby tau! Terima kasih si meow!

Sumber : Lobak Merah, Sinar Harian

Facebook Comments