Kucing Berkelakuan Pelik Rupanya Mahu Selamatkan Keluarga Daripada Ular Tedung Selar

Sebut sahaja haiwan yang dipanggil kucing, mesti ramai akan terbayangkan haiwan yang comel dengan telatahnya yang menghiburkan. Kucing boleh dikatakan antara haiwan peliharaan yang paling ramai dibela dalam rumah di seluruh dunia ini.Kucing Berkelakuan Pelik Rupanya Mahu Selamatkan Keluarga Daripada Ular Tedung Selar

Kucing mempunyai sifat dan deria yang membolehkannya mengesan sebarang pergerakan dalam rumah dengan lebih baik berbanding manusia. Oleh sebab itu, kucing biasanya kelihatan agak mudah untuk menangkap tikus, cicak dan haiwan-haiwan lain disekitar rumah.

Hari ini tular mengenai satu insiden di Felda Lembaga Batu Lima, Jalan Endau-Mersing yang melibatkan lapan sekeluarga. Seekor kucing peliharaan mereka menunjukkan satu reaksi pelik yang diluar kebiasaannya membuatkan ahli-ahli keluarga di rumah merasa pelik.

Tak sangka rupanya kucing peliharaan mereka bereaksi sedemikian adalah disebabkan kehadiran seekor ular tedung selar sepanjang 2.5 meter yang masuk kedalam rumah mereka.Kucing Berkelakuan Pelik Rupanya Mahu Selamatkan Keluarga Daripada Ular Tedung Selar - sajagempak.com

Kucing peliharaan mereka tidak mengeluarkan suara seperti biasa dan seakan-akan cuba memberitahu sesuatu yang tidak kena.

Penghuni rumah kemudian melihat-lihat dan membuat pemeriksaan jika ada apa-apa yang pelik dalam rumah. Apabila memeriksa bilik air dalam rumah, alangkah terkejutnya mereka melihat seekor ular tedung selar berada disitu dan terus membuat panggilan kecemasan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Alias Hussin, dalam kejadian sekitar jam 11.02 pagi itu, penghuni rumah bertindak memeriksa kediaman mereka selepas merasa pelik dengan tingkah laku kucing peliharaan mereka.Kucing Berkelakuan Pelik Rupanya Mahu Selamatkan Keluarga Daripada Ular Tedung Selar - sajagempak.com

 

Ketika Pasukan Keluaran Operasi (PKO) sampai di lokasi kejadian, mereka mendapati memang benar ada seekor ular tedung selar yang dianggarkan sepanjang sepanjang 2.5 meter di dalam bilik air rumah tersebut.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) berjaya menangkap ular tedung selar tersebut dlaam masa lebih kurang 8 minit dengan menggunakan peralatan khas. Ular tersebut kemudian dilepaskan semula di kawasan yang jauh dari penempatan manusia.

Facebook Comments Box