Kucing Kesayangan Mati Dilanggar Kereta, Sekeluarga Menjerit Terperanjat Apabila Kucing Itu Muncul Semula Di Depan Rumah

Siapa sahaja yang pernah kehilangan haiwan peliharaan seperti kucing akibat sakit, kemalangan ataupun kematian mesti tahu betapa sedihnya perasaan kehilangan. Apatah lagi jika haiwan itu merupakan haiwan yang sangat rapat dengan keluarga kita dan sudah dianggap sebagai ahli keluarga.Kucing Kesayangan Mati Dilanggar Kereta, Sekeluarga Menjerit Terperanjat Apabila Kucing Itu Muncul Semula Di Depan Rumah - sajagempak.com

Kucing peliharaan sebuah keluarga di Belfast, Northern Ireland telah dilaporkan hilang dan kemudiannya ditemui di jalan raya berdekatan rumah mereka tidak lama kemudian. Kucing itu terbaring di jalan raya dan dipercayai sudah mati sebab kena langgar oleh kenderaan.

“Simba tidak pulang ke rumah dan suami saya yang bangun lebih awal untuk pergi ke gimnasium telah melihat seekor kucing mati dilanggar sebuah kereta, saya dan anak-anak menangis melihat keadaannya yang menyayat hati,” ujar Sinead.Kucing Kesayangan Mati Dilanggar Kereta, Sekeluarga Menjerit Terperanjat Apabila Kucing Itu Muncul Semula Di Depan Rumah - sajagempak.com

Freddy dan Sinead O’Cleirigh sangat sedih dengan kehilangan kucing kesayangan mereka yang diberi nama Simba itu. Mereka kemudian membawa kucing tersebut ke doktor haiwan dan mengadakan upacara pengebumian dengan membakar demi memberi penghormatan terakhir kepada kucing mereka.

Sekembalinya mereka ke rumah, mereka kemudian memberitahu anak-anak mereka, Connell,17 dan Stiofan, 5 yang kemudian turut bersedih dengan kematian kucing kesayangan mereka.Kucing Kesayangan Mati Dilanggar Kereta, Sekeluarga Menjerit Terperanjat Apabila Kucing Itu Muncul Semula Di Depan Rumah - sajagempak.com

Namun kemudiannya sesuatu yang ‘ajaib’ berlaku apabila kucing kesayangan mereka yang bernama Simba tiba-tiba sahaja muncul di depan rumah mereka beberapa jam kemudian.

Mereka terkejut dan menjerit apabila melihat Simba dan mengatakan SImba telah kembali dari alam ‘kematian’ untuk bersama dengan mereka.Kucing Kesayangan Mati Dilanggar Kereta, Sekeluarga Menjerit Terperanjat Apabila Kucing Itu Muncul Semula Di Depan Rumah - sajagempak.com

Namun selepas mereka mengimbas balik dan memeriksa dengan teliti, baru mereka sedar rupa-rupanya kucing yang mati itu bukannya Simba tetapi seekor kucing lain yang mempunyai warna dan saiz yang lebih kurang sama dengan Simba.

Meskipun berasa gembira dengan kepulangan Simba tetapi mereka juga turut berasa  sedih dengan kucing mati yang ditemui mereka. Kemudiannya, keluarga ini akhirnya berjaya mencari pemilik kucing mati yang disangka Simba dan mengembalikan abu kepada mereka.

Facebook Comments Box