Kucing merupakan antara haiwan yang paling disukai oleh masyarakat di seluruh dunia dan boleh ditemui hampir dimana-mana pelosok dunia. Kucing-kucing di dunia ini tidak semestinya mempunyai warna bulu yang sama tetapi mereka juga mempunyai warna bulu yang berbeza warna antara satu sama lain.
Sama ada kebetulan atau tidak, di Malaysia ini, kucing berwarna oren sering dikaitkan dengan kucing yang punyai kenakalan yang ‘melampau’ berbanding kucing-kucing warna lain dan kucing ini sering digelar Oyen.
Satu video mengenai seekor kucing berwarna Oren menjadi tular baru-baru ini disebabkan gelagatnya yang sedang melintas jalan di kawasan perumahan.
Biasanya apabila kucing melihat kereta bergerak, secara automatik mereka akan segera lari atau menjauhkan diri, tapi berbeza pula dengan si Oyen ini.
Rakaman video yang diambil dalam sebuah kenderaan bergerak itu memaparkan kucing itu seakan-akan ‘menganjing’ apabila dilihat macam sengaja berjalan perlahan-lahan apabila sebuah kereta mahu melintas.
Akibatnya, kenderaan-kenderaan yang mahu lalu di jalan itu terpaksa memperlahankan kereta mereka bagi memberi laluan kepada si Oyen.
VIDEO:
just standard oyen behaviour pic.twitter.com/sY9TjJn2PD
— fel asleep (@pelisahh) September 20, 2021
Perkongsian video itu kemudian menjadi tular dan telah ditonton lebih setengah juta orang dan 20 ribu tanda suka di twitter.
Jalan tu bapak dia punya kot..
Rata-rata netizen ‘geram’ dengan gelagat Oyen yang berlagak macam jalan itu ‘bapak’ dia yang punya dan macam sengaja berjalan perlahan-lahan dan membiarkan orang lain menunggunya.