Kucing Tergelincir Dan Jatuh Dari Tingkat Atas Stadium, Penonton Bekerjasama Selamatkannya

Para pengunjung sebuah perlawanan yang berlangsung di Hard Rock Stadium di Miami digemparkan dengan satu insiden yang tidak dijangka berlaku di dalam stadium. Ini kerana seekor kucing dilihat tergelincir dari tingkat atas dalam stadium dan bergayut-gayut cuba naik keatas tetapi tidak berjaya.Kucing Tergelincir Dan Jatuh Dari Tingkat Atas Stadium, Penonton Bekerjasama Selamatkannya

Seekor kucing yang tergelincir dari tingkat atas sebuah stadium menarik perhatian ramai selepas terjatuh di atas kain bendera bersaiz besar yang dipegang beberapa penonton di Miami, Amerika Syarikat (AS).

Kucing itu tidak mengalami sebarang kecederaan selepas haiwan itu terlebih dahulu bergayut pada wayar yang terletak pada dinding tingkat atas stadium untuk menyelamatkan diri.Kucing Tergelincir Dan Jatuh Dari Tingkat Atas Stadium, Penonton Bekerjasama Selamatkannya

Sejumlah penonton yang menyedari haiwan itu sedang bergayut kemudian merakamkan video mengenai kejadian berkenaan.

Seorang penonton pula dilihat menghulurkan sebelah tangannya sebagai usaha untuk mencapai kaki kucing itu tetapi dia gagal berbuat demikian.

Kucing Tergelincir Dan Jatuh Dari Tingkat Atas Stadium, Penonton Bekerjasama Selamatkannya

Haiwan itu juga dilihat cuba untuk mengelak daripada terjatuh namun kaki kirinya kemudian melepaskan pautan pada wayar berkenaan.

Kucing Tergelincir Dan Jatuh Dari Tingkat Atas Stadium, Penonton Bekerjasama Selamatkannya

Bagaimanapun, beberapa penonton yang berada di bahagian bawah stadium itu bersiap sedia menyambutnya dengan memegang bendera AS bersaiz besar untuk menyelamatkan kucing berkenaan.

VIDEO:

Kucing itu akhirnya jatuh di atas bendera berkenaan dan seorang lelaki kemudian memegang haiwan berkenaan untuk ditunjukkan kepada para penonton bahawa ia masih lagi hidup.

 

Facebook Comments Box