Kulit Dua Doktor Jadi Gelap Selepas Pulih Virus COVID-19

Dua doktor dari China yang dijangkiti Covid-19 mendapati kulit mereka berubah warna selepas berjaya pulih daripada virus itu.sajagempak.com - Kulit 2 Orang Doktor Bertukar Jadi Gelap Selepas Pulih Dari Virus COVID-19

Portal Metro.co.uk melaporkan, Dr Yi Fan dan Dr Hu Weifeng, kedua-duanya berusia 42 tahun dijangkiti virus itu ketika merawat pesakit di Hospital Pusat Wuhan, pada Januari lalu.

Doktor mengatakan mereka berdua terpaksa menggunakan mesin sokongan hayat tetapi kesan sampingannya menyebabkan kulit menjadi gelap.

Perubahan warna kulit itu dipercayai akibat ketidakseimbangan hormon selepas mengalami kerosakan hati akibat virus itu.

Dr Yi dan Dr Hu bekerjasama dengan seorang lagi doktor, Li Wenliang, individu pertama yang mengesan virus itu sebelum lelaki itu disahkan meninggal dunia pada 7 Februari lalu.

Kedua-dua doktor itu didiagnosis pada 18 Januari dan pertama kali dibawa ke Hospital Pulmonari Wuhan dan kemudian dipindahkan dua kali ke hospital lain, menurut stesen penyiaran CCTV.

sajagempak.com - Kulit 2 Orang Doktor Bertukar Jadi Gelap Selepas Pulih Dari Virus COVID-19
Wajah sebelum kulit menjadi gelap

Pakar kardiologi, Dr Yiberjaya melawan Covid-19 selepas doktor menggunakan mesin sokongan hayat, ECMO selama 39 hari.

ECMO mesin sokongan hayat yang drastik bagi menggantikan fungsi jantung dan paru-paru dengan mengepam oksigen ke salur darah.

Bagaimanapun, keadaan ahli urologi Dr Hu lebih teruk dan dia terpaksa ‘ditidurkan’ selama 99 hari.

Dr Li Shusheng yang merawat kedua-dua petugas kesihatan itu berkata, kulit kedua-dua rakannya menjadi gelap kerana sejenis ubat yang diberikan ketika peringkat awal rawatan.

Katanya, salah satu kesan sampingan ubat itu adalah kegelapan warna kulit.

Walaupun dia tidak mengenal pasti ubat itu, Dr Li mengatakan kulit mereka akan kembali normal selepas hati mereka dapat berfungsi dengan baik. – Agensi / Harian Metro

Facebook Comments Box