Kurangkan Minum Kopi Jika Korang Sudah Mulai Alami Gejala Ini

Kopi merupakan minuman yang diminati ramai orang terutamanya dikalangan orang dewasa. Tidak kurang juga ramai yang mengamalkan minum kopi setiap hari. Buat mereka yang sering tidur lewat malam atau membuat sesuatu kerja, minum kopi merupakan pilihan yang biasa untuk bertahan dan membantu fokus.sajagempak.com - Kurangkan Minum Kopi Jika Korang Sudah Mulai Alami Gejala Ini

Walaubagaimanapun, tahukah anda bahawa kita tidak digalakkan mengambil kopi secara berlebihan? Jika tubuh anda menunjukkan gejaga seperti dibawah ini, maka berkemungkinan anda mengambil kopi secara berlebihan daripada yang disarankan.

1. MUDAH RASA CEMAS

Menurut Institut Kesihatan Mental Amerika Syarikat, mereka yang meminum terlalu banyak kopi akan mudah berasa cemas sehingga ia mampu menjejas waktu tidur anda.

Malah, anda akan mudah terjaga semasa tidur dan tidak dapat tidur nyenyak.

2. SAKIT PERUT

Kalau anda sering mengalami sakit perut pula dan tidak tahu penyebabnya, kopi mungkin puncanya. Kopi juga punca penyakit refluks gastroesofageal iaitu gangguan pada proses pencernaan.

Oleh sebab itu, jika anda mengalami gastrik, cuba elak daripada meminum kopi. Satu lagi tips buat anda supaya tidak sakit perut, usahakan untuk makan terlebih dahulu sebelum minum kopi.

sajagempak.com - Kurangkan Minum Kopi Jika Korang Sudah Mulai Alami Gejala Ini

3. DENYUTAN JANTUNG TERLALU PANTAS

Minum kopi berlebihan juga akan menjejas degupan jantung anda. Kafeina dalam kopi dipercayai boleh menyebabkan denyutan jantung anda menjadi terlalu pantas sehingga anda berasa sakit kepala dan pengsan.

4. CIRIT-BIRIT

Bagi segelintir masyarakat, kopi membawa kesan sebagai laksatif ataupun minuman yang merangsang pembuangan air besar. Golongan ini akan sering membuang air besar dan ada pula akan mengalami cirit-birit.

Menurut satu jurnal, dua cawan kopi sudah cukup untuk meningkatkan risiko seseorang mengalami cirit-birit. Maka itu, jika anda seringkali ulang alik ke tandas, anda perlu kurangkan minum kopi.

sajagempak.com - Kurangkan Minum Kopi Jika Korang Sudah Mulai Alami Gejala Ini

5. SUKAR TIDUR

Kopi sememangnya membantu terutama sekali ketika ada keperluan untuk terus berjaga sepanjang malam. Namun, kandungan dalam minuman kopi didapati terus berada dalam tubuh anda selama 14 jam. Ini akan membuat anda sukar tidur dan menjejas pola tidur anda.

Dalam erti kata lain, waktu tidur anda akan menjadi tidak menentu apabila anda meminum kopi secara berlebihan.

6. SAKIT KEPALA

Kajian mendapati kafeina dalam kopi mampu meredakan sakit kepala. Tidak hairan mengapa ramai sering meminum kopi ketika berasa tertekan dan ketika mereka ingin menenangkan fikiran.

Bagaimanapun, Universiti Johns Hopskins mendapati bahawa mereka yang minum lebih dari 500 miligram kopi (atau 5 cawan kopi) akan membuat anda lebih sakit kepala dan berasa lemas. Minuman lain yang mengandungi kafeina seperti teh, soda atau minuman tenaga, juga akan membawa kesan yang sama.

Akhir kata, minum kopi itu tidak salah, cuma lebih baik jangan ambil secara berlebih-lebihan.

Facebook Comments Box