Labah-labah Besar Berbisa Ditemui Di Bawah Katil Bersama Dengan Ribuan Labah-labah Kecil

Antara perkara yang paling menakutkan berlaku di bilik tidur adalah menemui haiwan berbisa menceroboh masuk ke dalam bilik rumah kita.

 Lelaki Menemui Labah-labah Besar Berbisa Di Bawah Katil Bersama Dengan Ribuan Labah-labah Bersaiz Kecil - sajagempak.com
Kredit: Gil Wizen

Itulah situasi yang dialami oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Gil Wizen, seorang jurufoto yang tinggal di Napo, Ecuador ketika itu.

Pada mulanya, Gil ternampak beberapa ekor labah-labah kecil muncul dari bawah katil di biliknya. Dia kemudian memeriksa bawah katilnya dan terperanjat besar apabila mendapati  ratusan atau ribuan labah-labah kecil berada di bawah katilnya. Namun, apa yang lagi memeranjatkannya adalah terdapat seekor labah-labah besar turut berada disitu.

Laba-labah besar itu merupakan labah-labah spesis ‘Brazilian wandering spider’ yang merupakan salah satu labah-labah paling berbisa di dunia ini. Lelaki Menemui Labah-labah Besar Berbisa Di Bawah Katil Bersama Dengan Ribuan Labah-labah Bersaiz Kecil - sajagempak.com

“Bukan sahaja beribu labah-labah kecil berada di bawah katil, tetapi disebelah mereka juga ada seekor labah-labah bukan dari spesies tarantula yang paling besar pernah saya temui.”

Menurut Gil Wizen, saiz labah-labah besar itu adalah kira-kira 45 milimeter dan jika kaki panjangnya terbuka, ianya memang besar daripada tapak tangannya.

Gil Wizen yang merupakan seorang jurufoto tidak melepaskan peluang itu untuk menangkap gambar labah-labah berbisa tersebut.

 Lelaki Menemui Labah-labah Besar Berbisa Di Bawah Katil Bersama Dengan Ribuan Labah-labah Bersaiz Kecil - sajagempak.com
Kredit: Alamy

Foto ‘rare’ yang diambilnya pada tahun 2014 itu kemudiannya telah berjaya membuatkan dirinya memenangi anugerah Photographer of the Year dari Urban Wildlife baru-baru ini.

Menurut Live Science, ‘Brazilian wandering spider’ juga dikenali sebagai ‘armed spiders’ dan juga labah-labah pisang dan tergolong dalam genus Phoneutria yang bermakna ‘pembunuh’ dalam bahasa Yunani.

Gigitan labah-labah ini juga boleh membawa maut kepada manusia terutamanya kanak-kanak dan seperti kebanyakkan spesis labah-labah yang lain, saiz labah-labah betina untuk spesis ini juga adalah lebih besar daripada labah-labah jantan.

Kredit: LADbible

Facebook Comments Box