‘Lagu Kat Phone Dah Habis, Baru Sampai kat Telinga’ – Gadis Terkejut Dapat Earphone Sepanjang 5 Meter Melalui Pembelian Online

Tidak dinafikan memang ramai dikalangan manusia di masa sekarang yang suka membeli belah secara online, lebih-lebih lagi dengan kemunculan pelbagai aplikasi-aplikasi online shopping pada masa kini. ‘Lagu Kat Phone Dah Habis, Baru Sampai kat Telinga’ - Gadis Terkejut Dapat Earphone Sepanjang 5 Meter Melalui Pembelian Online - sajagempak.com

Sebenarnya membeli belah ada kelebihan tersendiri seperti menjimatkan masa pembeli dan memudahkan mereka mendapatkan barangan yang mungkin tiada ada dijual di tempat berhampiran tempat tinggal mereka.

Walaubagaimanapun, ramai yang membuat kesilapan mudah apabila tidak membaca detail mengenai spesifikasi produk yang dibeli oleh mereka dan sebab itulah kadang-kadang tular mengenai kisah pembeli yang merasa ‘ditipu’ apabila barangan yang mereka beli contohnya beli langsir tapi saiznya cuma sebesar tapak tangan.

 ‘Lagu Kat Phone Dah Habis, Baru Sampai kat Telinga’ - Gadis Terkejut Dapat Earphone Sepanjang 5 Meter Melalui Pembelian Online - sajagempak.com

Perkara ini sebenarnya boleh dielakkan jika mereka membaca spesifikasi dan detail produk tersebut terlebih dahulu yang biasanya ada dipaparkan bersama iklan.

Baru-baru ini, seorang gadis yang merupakan seorang pelajar telah membeli earphone dalam talian. Memang ramai dikalangan pelajar yang ada tabiat untuk mendengar lagu menggunakan earphone ketika belajar atau membuat ulangkaji. ‘Lagu Kat Phone Dah Habis, Baru Sampai kat Telinga’ - Gadis Terkejut Dapat Earphone Sepanjang 5 Meter Melalui Pembelian Online - sajagempak.com

Berbalik kepada gadis ini, sebaik sahaja earphone yang dipesannya sampai, dia terkejut apabila mendapati earphone tersebut tidak seperti yang dibayangkannya. Rupa-rupanya gadis ini telah membuat kesilapan apabila membuat pembelian secara terburu-buru dan tidak membaca detal mengenai earphone yang mahu dibelinya.

Ternyata earphone yang dibelinya bukan seperti earphone yang biasa tetapi mempunyai panjang 5 meter! Video yang dikongsikan oleh gadis ini di Tiktok telah mengundang rasa lucu dikalangan netizen yang turut tergelak melihat earphone tersebut.

VIDEO:

“Lagu kat fon dah habis, baru sampai kat telinga.” – komen salah seorang pengguna.

Satu lagi komen menasihatkan agar earphone tersebut jangan dibawa tidur kerana takut terbelit kat leher.

 ‘Lagu Kat Phone Dah Habis, Baru Sampai kat Telinga’ - Gadis Terkejut Dapat Earphone Sepanjang 5 Meter Melalui Pembelian Online - sajagempak.com
Antara komen-komen netizen

Dalam video tersebut, gadis ini turut menarik kabel earphone tersebut hingga ke bahagian lain dlaam rumah bagi membuktikan betapa panjangnya earphone yang dibelinya.

Gadis ini bagaimanapun mengaku bahawa di melakukan kesilapan kerana tidak membaca deskripsi produk tersebut dan membuat pembelian secara terburu-buru.

Facebook Comments Box