Lebih 10 Kenderaan ‘Parking’ Di Bahu Jalan Dirempuh Lori Dan Tiada Tuntutan Ganti Rugi Boleh Dilakukan

Tular di media sosial mengenai beberapa kenderaan yang diletakkan di bahu telah dilanggar sebuah lori hingga menyebabkan kerosakan. Dalam rakaman CCTV, sebuah lori yang berwarna putih telah dikenalpasti sebagai lori yang melanggar kereta-kereta tersebut.Lebih 10 Kenderaan 'Parking' Di Bahu Jalan Dirempuh Lori Dan Tiada Tuntutan Ganti Rugi Boleh Dilakukan - sajagempak.com

Kejadian itu menimbulkan pelbagai reaksi dan pandangan daripada orang ramai. Hal ini kerana kawasan tempat kereta-kereta itu parkir sebenarnya bukan kawasan yang boleh diletakkan kenderaan. Oleh itu, ada yang bersetuju dengan tindakan pemandu lori dan ada juga yang mengecam perbuatannya.

Menurut laporan Kosmo!, pemandu lori yang merempuh lebih 10 kendersaan di situ telahpun dikenalpasti oleh pihak polis. Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A.Asmadi Abdul Aziz berkata pemandu lori terbabit akan memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.Lebih 10 Kenderaan 'Parking' Di Bahu Jalan Dirempuh Lori Dan Tiada Tuntutan Ganti Rugi Boleh Dilakukan - sajagempak.com

“10 daripada pemilik kereta yang terbabit kejadian itu sudah hadir ke IPD Putrajaya untuk membuat laporan. Kes disiasat mengikut Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Lebih 10 Kenderaan 'Parking' Di Bahu Jalan Dirempuh Lori Dan Tiada Tuntutan Ganti Rugi Boleh Dilakukan - sajagempak.com

Selain itu, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.

Lebih 10 Kenderaan 'Parking' Di Bahu Jalan Dirempuh Lori Dan Tiada Tuntutan Ganti Rugi Boleh Dilakukan - sajagempak.com
Lori yang disyaki merempuh kenderaan-kenderaan terbabit

CGSO Parcel E berkata, lokasi itu telah digazetkan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan untuk meletakkan sebarang kenderaan, jadi tiada sebarang tuntutan dapat dilakukan oleh mangsa.

“Tiada sebarang tuntutan ganti rugi yang boleh dibuat oleh mangsa yang terlibat memandangkan kawasan atau laluan tersebut telah digazetkan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan parkir,” ujarnya.

Difahamkan, pihak berkuasa akan melakukan operasi di kawasan berkenaan dan sama akan dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan yang tidak mematui peraturan.

VIDEO:

Rempuhan lori terbabit telah menyebabkan kerosakan d bahagian tepi kenderaan seperti calar dan kerosakan side mirror.

Kredit: Kosmo!

Facebook Comments Box