Lelaki Alami Sakit Telinga Teruk, Doktor Keluarkan Tahi Telinga Terkumpul Selama 16 Tahun

Lelaki Mengadu Sakit Telinga Teruk, Doktor Keluarkan Tahi Telinga Terkumpul 16 Tahun. Seorang Doktor yang dikenali sebagai Doktor Neel Raithatha atau nama glamernya “Wax Whisperer” berdepan dengan satu kes pesakit yang membuatkannya rasa mual.Lelaki Alami Sakit Telinga Teruk, Doktor Keluarkan Tahi Telinga Terkumpul Selama 16 Tahun - sajagempak.com

Sebelum ini pesakit lelaki tersebut datang ke klinik Raithatha Oadby, Leicestershire, dan mengadu dirinya mengalami sakit telinga yang teruk , vertigo dan ketidakseimbangan badan selama beberapa minggu. Sebelum ini dia menjalani mastoidektomi radikal – yang membabitkan bahagian tengkorak di belakang telinganya dikeluarkan akibat jangkitan.

Lelaki itu bagaimanapun mengabai membersihkan lubang telinganya dengan betul selama satu dekad setengah selepas itu.

Oleh sebab itu, di dalam saluran pendengarannya terkumpul tahi dan keruping yang sudah kehitaman selepas tidak dicuci selama 16 tahun lebih.Lelaki Alami Sakit Telinga Teruk, Doktor Keluarkan Tahi Telinga Terkumpul Selama 16 Tahun - sajagempak.com

 

Menurut Doktor Raithatha, tahi telinga dalam pesakit tersebut memecah rekod sebagai tahi telinga paling besar dan keruping paling banyak pernah dikeluarkan olehnya dari telinga pesakit setakat ini.

Selepas lebih kurang sejam, Doktor Raithatha akhirnya berjaya mengeluarkan kesemua tahi telinga dan keruping dalam telinga lelaki tersebut.Lelaki Alami Sakit Telinga Teruk, Doktor Keluarkan Tahi Telinga Terkumpul Selama 16 Tahun - sajagempak.com

Diharapkan lepas ini, sama-samalah kita semua ambil berat akan kebersihan tubuh badan kita termasuk bahagian telinga supaya tidak menerima nasib sama seperti lelaki ini.

Facebook Comments Box