Lelaki Bawa Ular Sawa Mandi Sungai, Ditegur Orang Risikokan Keselamatan Tapi Respon Dia Cukup Padu. Lumrah apabila memelihara haiwan terutama sekali spesis eksotik seperti ular, pasti ada segelintir orang sekeliling berasa tidak selesa.
Seperti perkongsian di laman Facebook seorang lelaki ini yang dikenali sebagai Abe Awe ini, dia telah memelihara dua ekor ular sawa yang bersaiz besar.
Kena tegur bawa ular mandi di sungai
Menerusi posting itu, dia telah membawa dua ekor ular sawa tersebut pergi mandi ke sebuah sungai sebelum didatangi oleh seorang pakcik yang menegur tindakannya membawa reptilia berkenaan di tempat awam.
“Ada seorang pakcik menegur pada saya dan bercakap sungai ini tempat orang mandi…”
Kehadiran ku bersama haiwan kesayangan di saat orang leka berada di rumah…
Ada seorang pak cik menegur pada saya dan bercakap sungai ni tempt orang mandi…. mungkin dia terlupa kita semu berkongsi dgn mahkluk lain…ingatlah wahai sahabat jgn lah berdoa untuk kejatuhan seseorang malah berdoa lah demi kebaikan seseorang…
Senyuman kepuasan disebalik bebanan…Abe berharapa kalian sedang sedekah senyuman setelah membaca posting ini…
Namun bagi lelaki berbadan sasa ini, haiwan tersebut juga berhak untuk berada di kawasan itu dan bukan hanya manusia sahaja kerana alam ini harus dikongsi bersama.
“Mungkin dia terlupa kita semua berkongsi dengan mahkluk lain…”
Jangan sampai makan tuan pula
Menerusi ruangan komen pula, terdapat pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang tidak kisah tetapi ada juga yang beranggapan tindakannya itu memberi risiko keselamatan kepada orang lain.
Betul la apa pakcik tu cakap, bahaya la
Bukan semua orang suka dekat dengan ular
Pencinta haiwan je faham
Memang dunia ini kita kongsi dengan makhluk lain
Sumber: Abe Awe