Lelaki Buta Selama 20 Tahun Dapat Melihat Semula Selepas Kena Langgar Kereta

Bunyinya macam pelik, tapi kisah ini benar-benar berlaku. Seorang lelaki yang buta selama 20 tahun mampu melihat semula selepas satu insiden yang melanda dirinya.sajagempak.com - Lelaki Buta Selama 20 Tahun Dapat Melihat Semula Selepas Kena Langgar Kereta

Seorang lelaki dari Poland dilaporkan pulih penglihatannya selepas buta selama 20 tahun, akibat dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan.

Janusz Goraj yang berasal dari bandar Gorzow Wielkopolski, buta mata kirinya dan hanya mampu melihat dengan sebelah mata pada pandangan yang sangat terhad.

Selama 20 tahun lelaki ini menderita buta sebelah mata namun selepas satu kejadian dilanggar kereta, penglihatannya pulih seperti sedia kala.

sajagempak.com - Lelaki Buta Selama 20 Tahun Dapat Melihat Semula Selepas Kena Langgar Kereta

Ketika kejadian dilanggar itu, beliau patah pinggang dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan. Sepanjang tempoh rawatan itu, tidak semena-mena mata kirinya telah boleh digunakan semula.

“Penglihatannya pulih selepas dua minggu. Kami tidak tahu bagaimana, mungkin sebab ubat yang dimakan oleh beliau,” kata jurucakap hospital, Agnieszka Wisniewska.

VIDEO:

Janusz juga meluahkan rasa syukur selepas mampu melihat semula dengan kedua-dua belah matanya selepas 20 tahun menderita hidup dalam serba kegelapan.

Sumber: Oddity Central

Facebook Comments Box