Lelaki Cuba Melamar Si Ibu Tapi Ditolak Dan Ditawarkan Anak Gadisnya Pula

Seorang lelaki berusia 58 tahun cuba melamar seorang wanita yang juga bergelar ibu, namun lamarannya ditolak oleh si ibu tersebut. Di luar jangkaannya, dia ditawarkan pula untuk mengahwini anak gadis si ibu tersebut yang berusia 19 tahun!sajagempak.com - Lelaki Cuba Melamar Si Ibu Tapi Ditolak Dan Ditawarkan Anak Gadisnya Pula

Pernikahan kedua-duanya berlangsung di Dusun Cippaga, Desa Bana, Bontocani, Sulawesi Selatan di depan penghulu, menurut laporan Kompas.

Lelaki berkenaan, Bora menggemparkan penduduk sebaik melafazkan ijab kabul dengan isterinya, Ira Fazillah yang berusia 19 tahun.

Dilaporkan sebelum itu Bora melamar ibu kandung Ira, tetapi ditolak sebelum ibu gadis itu menawarkan anak sulungnya untuk dinikahi.

sajagempak.com - Lelaki Cuba Melamar Si Ibu Tapi Ditolak Dan Ditawarkan Anak Gadisnya Pula

Proses pernikahan berjalan lancar dengan mas kahwin diberikan 10 juta rupiah (RM2,841) serta tanah dan kebun seluas satu hektar.

“Awalnya Bora melamar ibunya, tapi sang ibu menolak, malah menawarkan anak gadisnya untuk dinikahi.

sajagempak.com - Lelaki Cuba Melamar Si Ibu Tapi Ditolak Dan Ditawarkan Anak Gadisnya Pula

“Atas persetujuan kedua-duanya, maka pernikahan itu dilangsungkan,” kata Ketua Kampung Bana, Ishak ketika dihubungi.

Bora juga dilaporkan seorang lelaki bujang dan tinggal sendirian selepas merantau ke Sulawesi Tenggara.

Sementara itu, Ira Fazillah adalah anak sulung daripada tiga beradik.

sajagempak.com - Lelaki Cuba Melamar Si Ibu Tapi Ditolak Dan Ditawarkan Anak Gadisnya Pula

“Kedua-dua orang tua Ira sudah lama bercerai dan selama ini dibesarkan oleh ibunya yang bekerja sebagai petani,” kata Ishak.

Ishak berkata, pernikahan itu berlangsung atas dasar suka sama suka bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Facebook Comments Box