Lelaki Dilaporkan Hilang Ditemui Berjalan Lebih 400km Untuk Cari Ketenangan Selepas Bertengkar Dengan Isteri

Gara-gara Bergaduh Dengan Isteri, Lelaki Berjalan Lebih 400km Untuk Cari Ketenangan Hingga Ditemui Polis Susulan Laporan Kehilangannya.Lelaki Dilaporkan Hilang Ditemui Berjalan Lebih 400km Untuk Cari Ketenangan Selepas Bertengkar Dengan Isteri

Milan: Pelik tapi benar namun itu yang berlaku kepada lelaki di Itali ini yang nekad berjalan kaki sejauh 420 kilometer (km) kerana mahu mencari ketenangan selepas bergaduh dengan isterinya.

Lelaki berusia 48 tahun dari bandar Como di utara Milan itu dilaporkan bertengkar dengan isterinya akhir bulan lalu sebelum memutuskan berjalan sejauh itu tujuh hari.

Peliknya, dia nekad berjalan tanpa henti dan hanya berhenti selepas polis menemuinya seminggu kemudian.

Polis peronda menemuinya di Gimarra di kawasan pantai Adriatic, kira-kira 418km dari rumahnya.

Pasukan polis itu membuat rondaan di sekitar Gimarra untuk memastikan orang ramai patuh perintah berkurung Covid-19 sebelum terserempak dengan lelaki itu berjalan kaki jam 2 pagi.Lelaki Dilaporkan Hilang Ditemui Berjalan Lebih 400km Untuk Cari Ketenangan Selepas Bertengkar Dengan Isteri

Mereka memberhentikan kenderaan dan bertanyakan beberapa soalan sebelum akhirnya lelaki itu dibawa ke balai polis berhampiran apabila menyedari dia dilaporkan hilang oleh isterinya.

Lelaki itu menjelaskan, dia berjalan kaki sejauh itu kerana mahu mententeramkan diri selepas bertengkar dengan isterinya.

“Saya terus berjalan sepanjang jalan. Saya tidak menaiki apa-apa kenderaan.

“Selama tempoh itu, saya hanya bergantung ihsan makanan dan minuman yang diberikan orang ramai yang ditemui sepanjang perjalanan saya.Lelaki Dilaporkan Hilang Ditemui Berjalan Lebih 400km Untuk Cari Ketenangan Selepas Bertengkar Dengan Isteri

 

“Saya baik saja, cuma sedikit keletihan,” katanya dalam portal Oddity Central.

Polis melepaskan lelaki itu selepas mendengar penjelasan luar biasanya, namun lelaki itu tetap didenda 400 Euro (RM1,968) kerana melanggar peraturan perintah berkurung.

Malah, polis menempatkannya di sebuah bilik hotel untuk berehat sehingga isterinya tiba untuk mengambilnya.

Facebook Comments Box