‘LELAKI’ Hamil Kongsi Pengalamannya Melahirkan Dua Orang Anak Bikin Netizen Bingung

Semua orang sedia maklum, bahawa lelaki tidak boleh melahirkan anak dan hanya kaum wanita sahaja yang boleh hamil dan melahirkan anak. Oleh itu jika ada lelaki yang mendakwa boleh melahirkan anak maka besar kemungkinan dia bukan lelaki yang sebenar.‘LELAKI’ Hamil Kongsi Pengalamannya Melahirkan Dua Orang Anak Bikin Netizen Bingung - sajagempak.com

Seorang Individu di Texas, Amerika Syarikat menarik perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman melahirkan dua anak.

Namun, apa yang peliknya, dia sebenarnya adalah lelaki transgender iaitu wanita yang menukar jantina kepada lelaki, tetapi masih memiliki rahim.

Portal Metro UK melaporkan Kayden Coleman, 34, mempunyai dua anak berusia tujuh tahun dan 10 bulan dengan pasangannya.

Dia suka menjadi ‘bapa’ tetapi Kayden juga berkongsi pengalaman ‘trauma’ yang dilaluinya ketika hamil.

‘LELAKI’ Hamil Kongsi Pengalamannya Melahirkan Dua Orang Anak Bikin Netizen Bingung - sajagempak.com

Kayden mendedahkan dia ditawarkan untuk menggugurkan kandungan itu beberapa kali.

Dia memulakan proses menukar jantina pada 2009, tetapi tidak membuang organ pembiakan wanita.

Pada Mac 2013, dia menjalani mastektomi untuk membuang payudaranya dan terpaksa berhenti mengambil hormon testosteron buat sementara waktu.

Ketika itu, dia terkejut apabila mengetahui sudah mengandung lima bulan sebelum melahirkan anak pertamanya pada 2014.

Dia sekali lagi mendapati dirinya hamil dan ketika itu mempunyai teman lelaki bernama Dominique.

‘LELAKI’ Hamil Kongsi Pengalamannya Melahirkan Dua Orang Anak Bikin Netizen Bingung - sajagempak.com

Menurutnya, ramai tidak tahu dia mengandung kerana menganggap perutnya membesar kerana pertambahan berat badan.

“Mereka fikir perut saya buncit ini kerana gemuk,” katanya.

Kayden turut mengakui dia pernah bergelut dengan kemurungan lepas bersalin seperti dialami oleh sesetengah wanita.

Kredit: Harian Metro

Facebook Comments Box