Lelaki Kongsi Gambar Nyamuk Gergasi Yang Ditemuinya Dan Buatkan Ramai Meremang

Lelaki Kongsi Gambar Nyamuk Gergasi Yang Ditemuinya Dan Buatkan Ramai Meremang. Nyamuk adalah serangga yang telah wujud selama lebih 30 juta tahun. Selama tempoh berkenaan, serangga perosak ini telah mengasah kemahiran mereka untuk mendapatkan sumber makanan dari manusia.sajagempak.com - Lelaki Kongsi Gambar Nyamuk Gergasi Yang Ditemuinya Dan Buatkan Ramai Meremang

Nyamuk mencari mangsa untuk digigit menggunakan pengesan kimia, visual dan haba. Selain membuat badan gatal-gatal, nyamuk juga merupakan haiwan paling banyak membawa maut.

Sehingga kini, nyamuk dapat menyebarkan penyakit malaria yang mampu membunuh 2 ke 3 juta orang sekali gus.

Puluhan juta manusia juga diancam pelbagai penyakit lain yang dibawa oleh nyamuk seperti filariasis, demam kuning, denggi dan ensefalitis.

sajagempak.com - Lelaki Kongsi Gambar Nyamuk Gergasi Yang Ditemuinya Dan Buatkan Ramai Meremang

Oleh itu tidak hairanlah nyamuk menjadi serangga yang paling dibenci oleh manusia. Setiap rumah pasti memiliki penyembur nyamuk untuk membunuh dan menghalau serangga itu.

Walaupun kecil, sesiapa yang membunuh nyamuk menggunakan tangan sendiri pasti akan nampak kesan darah pada tangan mereka.

Bayangkan pula jika nyamuk yang jauh lebih besar dari saiz nyamuk biasa seperti yang dikongsikan seorang individu ini.

Perkongsian oleh Ezequiel Lobo dari Argentina itu telah membuat ramai meremang bulu roma meliht saiz nyamuk ‘gergasi’ itu. Malah individu tersebut meletakkan nyamuk itu di sebelah nyamuk biasa dan ramai yang kagum dengn saiznya yang jauh lebih besar.

Menurut Ezequiel, nyamuk tersebut masuk melalui tingkap rumahnya seperti juara membuatkan ibunya panik. Nyamuk itu berjaya dibunuh selepas disembur dengan ubat nyamuk.

Perkongsian gambar oleh lelaki itu mendapat 140 ribu tanda suka, rata-rata meluahkan rasa seram.

Ada juga pengguna Twitter yang mencadangkan mungkin nyamuk ‘gergasi’ itu adaah sejenis spesis yang lain daripada nyamuk biasa.

Selain itu seorang pengguna twitter lain, Aldana Gola juga mengatakan dirinya juga pernah berhadapan dengan nyamuk sebenar itu di rumah.

sajagempak.com - Lelaki Kongsi Gambar Nyamuk Gergasi Yang Ditemuinya Dan Buatkan Ramai Meremang

Sumber: HCL

 

 

 

 

Facebook Comments Box