Jarang kita lihat mat salih berniaga nasi lemak tapi hakikatnya situasi itu berlaku di negara ini. Itulah rutin warga Amerika Syarikat (AS) Michael White selama dua jam dekat Taman Tun Dr Ismail Park atau lebih dikenali sebagai TTDI Park, di ibu negara.
Uniknya nasi lemak air tangan pemuda dari Washington DC itu hanya dijual pada harga RM3 sebungkus. White menerusi satu temubual yang kemudian dimuatnaik di dalam laman Instagram berkata dia berhasrat menjual hidangan kegemaran rakyat Malaysia itu bagi mengisi masa terluangnya sementara menunggu restorannya siap diubah suai.
White turut berkongsi resipi sambal nasi lemaknya.
“Nasi lemak amat dekat dengan kehidupan rakyat Malaysia. Ia dimakan rakyat di negara ini setiap hari.
“Jika saya berada di AS, saya akan buat hamburger dan sosej. Bagaimanapun, berada di Malaysia anda perlu buat nasi lemak.
“Restoran kami di NU Sentral diubai suai dan prosesnya mengambil masa beberapa bulan. Saya tak tahu apa patut dilakukan dan saya jual sedikit nasi lemak,” katanya.
Mengimbau kembali detik perkenalan dengan isterinya, White berkata dia masih lagi ingat ketika berkunjung ke kedutaan Malaysia di Washington DC. White tidak membuang air rebusan cili kering.
“Kami menikmati makanan Malaysia dan saya kagum dengan kepelbagaian menu yang dihidangkan.
“Ada makanan tradisi masyarakat Cina, Melayu dan juga India. Ia satu budaya tetapi datang dari tiga tamadun yang berbeza sebenarnya.
“Ia sangat menarik perhatian saya,” katanya.
Malah White turut berkongsi resipi nasi lemak air tangannya.
“Saya ada dua ramuan istimewa. Seperti anda, ambil cili kering yang direndam di dalam air panas.
Nasi lemak White dijual pada harga RM3 sebungkus.
“Kemudian simpan air rebusan cili kering itu, jangan dibuang. Seterusnya itu adalah dua rempah yang menjadi rahsia saya,” katanya.
Dalam pada itu, White berkata dia mula berniaga seawal pukul 7 pagi dan biasanya nasi lemak jualannya habis dijual sekitar 9 pagi.
Kredit: mStar,