Lelaki Melamar Kekasih Guna Buah Laici, Tindakan Gadis Mengejutkan Ramai

Seorang Lelaki Cuba Melamar Kekasihnya Guna Buah Laici, Cara Yang Dirasanya Agak Unik, Namun Tindakan Gadis Mengejutkan Ramai.sajagempak.com - Lelaki Melamar Kekasih Guna Buah Laici, Tindakan Gadis Mengejutkan Ramai

Biasanya apabila seorang lelaki melamar wanita yang dicintainya, dia akan menyediakan sebentuk cincin untuk melamar wanita tersebut. Seorang lelaki bagaimanapun terfikir akan cara lain yang dianggap agak kreatif iaitu apabila menggunakan buah kegemaran kekasihnya iaitu buah laici.

Lelaki yang dikenali sebagai Dong ini bersama dengan rakan-rakannya menyusun beberapa biji buah laici di bawah sebuah jejantas yang membentuk perkataan LOVE.

Tindakan mereka telah mendapat perhatian orang ramai yang diselubungi perasaan ingin tahu tentang apa sebenarnya yang mereka ingin lakukan. Menurut lelaki tersebut, dia terfikir untuk menggunakan buah laici kerana mengetahui buah itu adalah buah favorite kekasihnya.

sajagempak.com - Lelaki Melamar Kekasih Guna Buah Laici, Tindakan Gadis Mengejutkan Ramai

Apabila kekasihnya sampai disitu, Dong pun melutut dan melamar kekasihnya

“My dearest, saya tidak ada rumah, kereta ataupun duit yang banyak, tapi saya ada cinta sejati untuk awak yang saya boleh gunakan untuk membahagiakan awak. Will you marry me?”

Kekasihnya itu tergaman dan tanpa bercakap apa-apa, dia mengambil sebiji buah laici dan memakannya. Kemudian, dia terus berlalu dari situ.

Walaubagaimanapun, tindakan lelaki ini dianggap tidak berjaya apabila dia kekasihnya itu pergi tanpa mengungkapkan sepatah kata.

sajagempak.com - Lelaki Melamar Kekasih Guna Buah Laici, Tindakan Gadis Mengejutkan Ramai

Semasa ditemuramah wartawan, Dong memberitahu bahawa kekasihnya memberitahunya bahawa mereka masih terlalu muda untuk berkahwin. Dong berusia 24 tahun dan kekasihnya muda setahun. Walaupun lamaran ditolak kali ini , mungkin Dong boleh cuba lagi lain kali.

Facebook Comments Box