Lelaki Mempunyai Lapan Isteri Dan Kesemuanya Bahagia Tinggal Sebumbung

Seorang lelaki dari Thailand mencuri tumpuan wargamaya apabila kisahnya didedahkan mempunyai lapan isteri yang bahagia tinggal sebumbung.Lelaki Mempunyai Lapan Isteri Dan Kesemuanya Bahagia Tinggal Sebumbung - sajagempak.com

Lelaki yang dikenali sebagai Ong Dam Sorot yang juga merupakan pelukis tatu berkongsikan kisahnya dalam program YouTube pelawak Thailand yang menerima lebih tiga juta tontonan.

Malah Sorot turut memperkenalkan isterinya satu persatu dalam rancangan tersebut dan menceritakan bagaimana mereka bertemu dan berkahwin. Kesemua lapan orang isterinya berpendapat dan menggambarkan suami mereka, Sorot sebagai lelaki ramah, baik dan paling bertimbang rasa.

Sorot bertemu dengan isteri pertamanya, Nong Sprite di majlis perkahwinan rakannya dan terus melamarnya untuk berkahwin. Dia bertemu dengan isteri kedua, Nong L ketika di pasar dan isteri ketiganya, Nong Nan, di hospital.

Lelaki Mempunyai Lapan Isteri Dan Kesemuanya Bahagia Tinggal Sebumbung - sajagempak.comIsteri keempat, kelima dan keenam masing-masing berkenalan di Instagram, Facebook dan TikTok, manakala isteri ketujuh, Nong Film ditemui ketika dia ke kuil Phra Pathom Chedi bersama ibunya.

Isteri kelapannya pula, Nong Mai ditemui ketika dia bercuti di Pattaya bersama empat isterinya.

“Dia mungkin lelaki paling penyayang dan bertimbang rasa yang pernah kami kenali setakat ini,” kata semua lapan wanita itu sambil menambah, Sorot melayani mereka dengan sempurna hingga tiada apa yang perlu digaduhkan.

Dua daripada isteri Sorot kini sedang hamil dan dia sudah mempunyai seorang anak lelaki dengan Nong Sprite.Lelaki Mempunyai Lapan Isteri Dan Kesemuanya Bahagia Tinggal Sebumbung - sajagempak.com

Setiap isterinya ditempatkan di empat bilik tidur berbeza, dua orang setiap bilik, dan mereka mengikut giliran untuk bersama suami serta tiada masalah dengan susunan itu.

Menceritakan ketika suaminya berniat mahu mengahwini isteri kedua, Nong Sprite berkata, dia hanya bersetuju kerana menyayangi suaminya lebih-lebih lagi apabila suaminya berlaku jujur mengenai perkara itu. Nong Sprite juga mendedahkan dirinya mahu bertemu dengan wanita itu terlebih dahulu sebelum bersetuju dan memberi kebenaran kepada suami untuk berkahwin lagi.

Bagi isteri kedua hingga isteri kelapannya, kesemua mereka jatuh cinta dengan Sorot dan meskipun mengetahui dia sudah beristeri, mereka reda untuk berpoligami dan meneruskan perkahwinan.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box