Lelaki Menang Saman RM1.3 Juta Terhadap Hospital Melaka, Namun Lelaki ni Tetap Tidak Gembira

Lelaki Menang Saman RM1.3 Juta Terhadap Hospital Melaka, Namun Lelaki Ini Tetap Tak Gembira…
Lelaki Menang Saman RM1.3 Juta Kepada Hospital Melaka, Namun Lelaki Ini Tetap Tak Gembira - sajagempak.com

Mahkamah Sesyen Ayer Keroh memerintahkan Hospital Melaka membayar ganti rugi bernilai RM1.3 juta kepada seorang lelaki, Abu Baharin Abu Bakar akibat kecuaian sehingga hilang kaki kanannya.

Hakim Mahkamah Sesyen Elisabet Paya Wan memerintahkan hospital terbabit membayar ganti termasuk pampasan bagi perbelanjaan anggota palsu dan kehilangan pendapatan selepas tuntutan saman dikemukakan plaintif.

Walau bagaimanapun, lelaki berusia 34 itu tidak tersenyum malah turut mengatakan kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Lelaki Menang Saman RM1.3 Juta Kepada Hospital Melaka, Namun Lelaki Ini Tetap Tak Gembira - sajagempak.com

Ini kerana setelah mengalami kecacatan fizikal tersebut, hubungan dia dan isterinya menjadi tegang sehingga wanita itu mengambil keputusan untuk tidak tinggal sebumbung.

“Saya tidak mempunyai kehidupan yang sempurna sekarang. Isteri dan anak lelaki berusia lapan tahun tidak bersama saya. Saya berasa sunyi dan kadang-kadang bercakap dengan diri sendiri,” katanya.

Lelaki Menang Saman RM1.3 Juta Kepada Hospital Melaka, Namun Lelaki Ini Tetap Tak Gembira - sajagempak.com

Terdahulu, lelaki berasal dari Klebang itu menjalani pemeriksaan kesihatan kerana masalah lutut akibat kemal4ngan motosikal pada 2015 sebelum pihak hospital melakukan prosedur pembedahan yang salah.

Sumber : The Star/ Oh My Media

Facebook Comments Box