Lelaki Menemui Batu Ambergris Paling Berat Dalam Sejarah, Nilai Cecah RM13 Juta!

Baru saja dengar kisah seorang lelaki yang bekerja sebagai pengutip sampah di Thailand menemui muntah paus bernilai RM2.9 Juta, kali ini seorang lagi lelaki di Thailand menemui muntah paus yang nilainya jauh lebih tinggi.Lelaki Menemui Batu Ambergris Paling Berat Dalam Sejarah, Nilai Cecah RM13 Juta! - sajagempak.com

Seorang lelaki yang juga nelayan di Thailand, Narit Suwansang menemui muntah ikan paus yang dianggarkan bernilai sehingga 100 juta bath (RM13.4 juta).

Narit Suwansang, 60, menemui batu muntah paus atau juga dikenali sebagai ambergris itu ketika berjalan di sepanjang pantai Laem Talumphuk.

Ketika berjalan dia menemui bongkah batu besar dan serpihan kecil berwarna kuning. Nalurinya mengatakan batu itu bukan batu sembarangan dan berhasrat untuk membawanya balik ke rumah. Walaubagaimanapun, dia terpaksa balik semula dan memanggil ahli keluarganya untuk membantunya mengangkat batu tersebut kerana terlalu berat untuk diangkat seorang diri.

Dia membuat beberapa ujian kepada batu tersebut dengan menggunakan kaedah pembakaran, dan akhirnya dia mengetahui batu tersebut adalah ambergris yang sangat berharga selepas ianya mengeluarkan bau aneh.Lelaki Menemui Batu Ambergris Paling Berat Dalam Sejarah, Nilai Cecah RM13 Juta! - sajagempak.com

Berat batu tersebut dianggarkan sekitar 100 kg dan paling berat yang pernah ditemui dalam sejarah. Oleh itu, Narit Suwansang sudah hampir pasti menjadi jutawan segera jika berjaya menjualnya kepada pembeli yang berminat.

Tambahnya lagi dia juga sudi bekerjasama dengan pakar-pakar yang berminat untuk memeriksa ketulenan batu ambergris yang ditemuinya itu.

Narit Suwansang memberitahu seorang ahli perniagaan Phuket menawarkan untuk membeli batu itu dengan nilai 960,000 bath (RM128,974) sekilogram jika batu ambergris itu berkualiti dan datang daripada muntah paus gred A.Lelaki Menemui Batu Ambergris Paling Berat Dalam Sejarah, Nilai Cecah RM13 Juta! - sajagempak.com

 

Sejak kebelakangan ini, semakin kerap muntah paus (ambergris) ini ditemui di Thailand seperti yang pernah dilaporkan di Rayong, Surat Thani dan wilayah Trang.

Antara kegunaan ambergris ini adalah dalam bidang industri minyak wangi dan kosmetik dimana ianya bahan yang sangat berharga dan berkualiti dalam menghasilkan produk yang berkualiti tinggi.

Facebook Comments Box