Lelaki Panjat Menara Komunikasi Setinggi 150 Meter Akhirnya Turun Selepas 30 Jam

Selepas lebih 30 jam bertenggek pada menara telekomunikasi di Bukit Memaloh di sini, seorang lelaki warga Indonesia akhirnya turun dari menara setinggi 150 meter itu, petang ini. Lelaki itu akur untuk turun kira-kira jam 3.51 petang selepas dipujuk pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang turut memanjat menara berkenaan.sajagempak.com - Lelaki Panjat Menara Komunikasi Setinggi 150 Meter Akhirnya Turun Selepas 30 Jam

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata lelaki terbabit, Pandi Bujang, 35, dipercayai mengalami tekanan perasaan dan bertindak memanjat menara itu awal pagi semalam.

Beliau berkata, usaha memujuk lelaki yang bekerja sebagai pemotong kayu di Nanga Dap itu turut dilakukan anggota polis yang menghantar makanan pada jam 10 pagi.

sajagempak.com - Lelaki Panjat Menara Komunikasi Setinggi 150 Meter Akhirnya Turun Selepas 30 Jam

Pada jam 11.15 pagi tadi, lelaki dalam lingkungan 30-an itu tiba-tiba menangis dan mengugut untuk terjun selain meminta pasport miliknya.

“Bimbang perkara yang tidak diingini berlaku, anggota turun dan pada 3.20 petang dua anggota bomba naik ke menara untuk memujuk mangsa dan usaha mereka akhirnya berjaya,” katanya.

sajagempak.com - Lelaki Panjat Menara Komunikasi Setinggi 150 Meter Akhirnya Turun Selepas 30 Jam

Lelaki berkenaan akhirnya turun selepas  usaha awal memujuknya tidak berjaya.
sajagempak.com - Lelaki Panjat Menara Komunikasi Setinggi 150 Meter Akhirnya Turun Selepas 30 Jam

Ling Hii berkata, lelaki terbabit berjaya dibawa turun dengan menggunakan tali penyelamat pada jam 3.51 petang.

VIDEO:

Lelaki panjat menara akhirnya turun

Lelaki panjat menara telekomunikasi akhirnya turun…Terima Kasih anggota bomba dan polis bertungkus lumus pujuk.Punca masih belum diketahui.

Dikirim oleh Sarawak Update pada Selasa, 21 Januari 2020

Anggota paramedik yang turut berada di lokasi memberi rawatan awal sebelum lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Perselisihan faham dengan rakan sekerja dan takut nyawanya terancam menjadi punca lelaki ini memanjat menara berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments Box