Lelaki Rampas Lori Sampah Dan Rempuh Rumah Polis

Seorang lelaki bertindak di luar dugaan apabila merampas lori sampah dan kemudiannya merempuh rumah anggota polis.teamnetizen.com - Lelaki Rampas Lori Sampah Dan Rempuh Rumah Polis

SEORANG lelaki bertindak nekad merampas lori sampah kemudian merempuh rumah anggota polis dalam kejadian di Batu Kawa di Kuching, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, pihaknya dalam usaha mengesan suspek yang meninggalkan tempat kejadian sejurus selepas insiden itu berlaku pada 1.30 tengah hari.

Menurutnya, ketika kejadian, suspek dikatakan datang ke situ menggunakan keretanya sendiri sebelum menahan lori sampah terbabit dan mengarahkan pemandu serta pekerja lori sampah itu keluar.

teamnetizen.com - Lelaki Rampas Lori Sampah Dan Rempuh Rumah Polis

Katanya, pemandu lori berkenaan kemudian keluar dari kenderaan berkenaan dan cuba menenangkan suspek yang kelihatan marah.

“Sebaliknya, suspek masuk dan memandu lori sampah itu kemudian melanggar pokok kelapa di situ sebelum merempuh rumah yang didiami anggota polis berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Aidil berkata, selepas merempuh kediaman itu, suspek masuk semula ke keretanya dan melarikan diri.

teamnetizen.com - Lelaki Rampas Lori Sampah Dan Rempuh Rumah Polis

“Motif suspek masih tidak diketahui dan tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.

Sementara, syarikat mengendali lori sampah itu, Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd (Trienekens), dalam kenyataan menjelaskan pihaknya bersedia bekerjasama dengan polis untuk siasatan.

Trienekens juga menekankan bahawa keselamatan pekerja dan orang awam akan sentiasa menjadi keutamaan mereka.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments Box