Seorang lelaki terkejut melihat sebuah kereta dan seakan tidak percaya apabila melihat seperti kucing sedang memandu kereta.
Bagi setiap pemilik kenderaan, pastinya anda menginginkan kereta kelihatan cantik dan kemas berserta dengan pelbagai kemudahan yang ada supaya dapat menggunakan kenderaan dengan lebih selesa. Hal ini termasuklah dengan menyediakan beberapa bantal untuk kegunaan pada masa akan datang.
Baru-baru ini tular sekeping foto yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai @Admharithhh tentang sebuah kereta yang dipakir di bawah pohon rendang. Pada awalnya, pemuda itu terkejut kerana menyangka bahawa haiwan iaitu kucing kelihatan seperti sedang memandu kereta berkenaan. “Bab* aku ingat kucing yang drive”, kata pemilik akaun tersebut.
Babi aku ingat kucing yang drive pic.twitter.com/kGhy4vLXOh
— adam harith ⁷ (@admharithhh) August 8, 2020
Namun, setelah diperhatikan dengan betul rupa-rupanya ia adalah bantal kepala berbentuk seperti haiwan yang terletak pada bahagian kerusi pemandu dan bahagian penumpang hadapan. Ternyata bantal berkenaan telah menyebabkan lelaki itu menyangka bahawa terdapat dua ekor ‘kucing gergasi’ yang sedang membawa kereta berkenaan.
Rata-rata warga netizen berasa terkejut dan dalam pada masa yang sama, mereka turut terhibur apabila mengetahui kejadian sebenar tentang foto berkenaan disamping ada yang berkongsikan pengalaman yang serupa. Posting terbabit telah mendapat perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 13.5 ribu tanda suka dan 8.5 ribu komen dan ulang kicau di ruangan Twitter lelaki berkenaan.
“Aku ingat aku seorang yang kena”
“Tadi ada juga jumpa macam ni…”
“Serious terkejut mula-mula ingat siapa yang pandang”.
Kredit: HCL