Seorang lelaki cuba merompak sebuah mesin ATM berakhir dengan tragedi yang amat memaIukan dirinya. Kisah yang berlaku di negara India ini menjadi tular apabila perbuatan lelaki itu dirakam dalam kamera CCTV.
Lelaki berusia 28 tahun yang dikenali sebagai M Upendra Roy dikatakan berada dalam keadaan mabuk ketika melakukan kerja tersebut.
Ketika di mesin ATM berkenaan, Roy telah cuba merompak mesin itu dengan membuka papan lapis di belakangnya agar dia boleh pergi kearah belakang mesin tersebut.
Perbuatan Roy diketahui orang apabila bunyi dia memukul mesin ATM tersebut menggunakan batu dapat didengar oleh orang ramai yang berhampiran
Seorang saksi yang menyaksikan perbuatan Roy segera membuat panggilan kepada pihak polis dan memaklumkan kepada mereka
Walaubagaimanapun, entah macam mana dia tiba-tiba tersekat dan tersepit di antara dinding dan mesin ATM tersebut.
VIDEO:
Apabila pihak polis sampai, mereka melihat Roy dalam keadaan yang agak melucukan apabila tersekat di belakang mesin ATM. Roy kemudian diselamatkan oleh pihak polis dan dikeluarkan dari situ. Dia ditangkap dan dibawa ke balai Polis atas tuduhan cuba mencuri.