Lubang Gergasi Berkedalaman 200 Meter Dikesan Muncul Di Chile, Saiznya Makin Membesar Sehingga 32m Diameter

Satu lubang gergasi sinkhole telah dikesan muncul di Chile baru-baru ini. Kemunculan lubang gergasi itu disedari oleh pekerja syarikat Kanada, Lundin Mining yang kembali bekerja selepas hujung minggu dan bertugas mengawal tapak perlombongan tembaga berhampiran Santiago.Lubang Gergasi Berkedalaman 200 Meter Dikesan Muncul Di Chile, Saiznya Makin Membesar Sehingga 32m Diameter - sajagempak.com

Lubang gergasi itu dianggarkan berdiameter kira-kira 25m dan kedalaman sehingga 200 meter. Namun begitu, pihak Perkhidmatan Perlombongan dan Geologi Negara (Sernageomin) melaporkan bahawa lubang itu semakin membesar sehingga diameternya mencecah 105 kaki atau 32 meter.

Pengarah Perkhidmatan Perlombongan dan Geologi Negara (Sernageomin), David Montenegro berkata, pakar-pakar mereka akan berusaha mencari dan mengenal pasti punca yang menyebabkan tanah terbenam dan kemunculan lubang tersebut.

Tapak perlombongan berkenaan segera ditutup buat sementara waktu demi langkah keselamatan dan perimeter keselamatan 100 meter juga telah didirikan di sekeliling lubang sinkhole itu yang dikesan di perbandaran Tierra Amarilla.Lubang Gergasi Berkedalaman 200 Meter Dikesan Muncul Di Chile, Saiznya Makin Membesar Sehingga 32m Diameter - sajagempak.com

Dalam satu kenyataan Datuk Bandar Tierra Amarilla, Cristian Zuniga penduduk di kawasan tersebut yang dianggarkan kira-kira 13,000 orang memberitahu para wartawan bahawa kejadian kemunculan lubang gergasi itu tidak pernah berlaku di kawasan mereka sebelum ini.

“Kami meminta supaya puncanya dijelaskan sama ada keruntuhan itu akibat aktiviti perlombongan atau sesuatu yang lain,” katanya.

Menurut syarikat perlombongan, sejak lubang itu dikesan muncul, ianya tidak memberi kesan kepada pekerja, peralatan atau infrastruktur. Selain itu mereka juga menyatakan bahawa tiada pekerja yang cedera atau terjejas akibat kemunculan lubang berkenaan.Lubang Gergasi Berkedalaman 200 Meter Dikesan Muncul Di Chile, Saiznya Makin Membesar Sehingga 32m Diameter - sajagempak.com

Lubang misteri itu juga dikatakan kekal stabil sejak kemunculannya dikesan. Menurut Pengarah Perkhidmatan Perlombongan dan Geologi Negara (Sernageomin), David Montenegro, setakat ini tiada apa-apa material yang ditemui dibawah lubang tersebut tetapi mereka melihat kehadiran air dalam jumpah yang sangat banyak.

Syarikat itu juga memberitahu bahawa rumah terdekat dari lokasi lubang tersebut adalah sejauh lebih 600m manakala mana-mana kawasan berpenduduk atau perkhidmatan awam pula berada hampir satu kilometer dari lokasi.

VIDEO:

Sebagai info,negara Chile merupakan pengeluar tembaga terbesar di dunia dan menjadi pembekal kira-kira 25 peratus logam tersebut di peringkat dunia.

 

Facebook Comments Box