Hanya kerana lupa kunci kereta ketika mahu keluar rumah, seorang wanita di Sudbury, Canada berdepan dengan kejadian yang mengerikan daripada tindakan yang tidak disangka-sangka.
Pada mulanya, wanita berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Renee Lariviere keluar dari apartmentnya kerana mahu pergi ke McDonald’s yang berdekatan. Namun kemudian dia menyedari dia terlupa membawa kunci dan meminta kawannya membaling kunci kereta kepadanya.
Namun begitu, balingan yang sepatutnya mudah ditangkap oleh wanita ini gagal dan kunci yang dibaling oleh rakannya itu telah tepat mengenai wajahnya. Agak malang sekali apabila besi di kunci itu malah menusuk ke dalam wajah wanita ini berhampiran dengan hidungnya hingga menyebabkan pendarahan.
Renee Lariviere yang kesakitan dan panik kemudiannya segera dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan dan mengeluarkan kunci yang tertusuk di wajahnya.
Kejaidan yang menimpa Renee Lariviere itu turut membuatkan para doktor dari pelbagai department datang melihat wanita ini dengan mata sendiri kerana sukar mempercayai bagaimana kejadian seumpama itu boleh berlaku.
Salah seorang doktor turut meminta kebenaran untuk mengambil gambar Renee untuk dikongsikan kepada pelajar jagaannya bagi menunjukkan kepada mereka bahawa apa sahaja boleh berlaku jika sudah ditakdirkan.
Walaubagaimanapun, Renee bernasib baik kerana selepas dibedah dan dirawat, dia berjaya pulih sepenuhnya dan tiada calar tinggal di wajahnya.
Antara pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah Renee Lariviere ini adalah jangan suka-suka membaling sesuatu benda terutama yang melibatkan benda keras dan juga jangan malas untuk mengambil sesuatu barang.