Majlis Akad Nikah Kecoh, Bapa Pengantin Perempuan Tiba-tiba Menyepak KepaIa Bakal Menantu

Satu majlis akad nikah bertukar kecoh apabila bakal bapa mentua tiba-tiba sahaja menyepak pengantin lelaki. Kejadian yang berlaku di Oimbo, Kota Bima, Nusa Tenggara Barat, Indonesia itu menjadi tular selepas video berdurasi satu minit 41 saat itu dimuat naik oleh pengguna akaun Facebook, Ansar Blur.Majlis Akad Nikah Kecoh, Bapa Pengantin Perempuan Tiba-tiba Menyepak KepaIa Bakal Menantu - sajagempak.com

Acara akad nikah itu pada mulanya itu berjalan dengan lancar dengan penghulu yang mengetuai majlis tersebut.

Namun kemudiannya apabila giliran bapa pengantin wanita membacakan istigfar dan syahadah, tiba-tiba sajah seorang lelaki menyebut perkataan ‘bote’ yang membawa maksud m0nyet dalam bahasa Bima.

Tindakan itu mencetuskan reaksi daripada pihak keluarga pengantin lelaki dengan kedengaran suara seorang wanita yang marah.Majlis Akad Nikah Kecoh, Bapa Pengantin Perempuan Tiba-tiba Menyepak KepaIa Bakal Menantu - sajagempak.com

“Apa lagi masalahnya ini, hormatilah kami sebagai keluarganya.

“Tak elok masalah ini didengari,” ujarnya dalam bahasa Bima.

Susulan kejadian itu, bapa pengantin wanita jadi berang dan tidak puas hati dan terus bangun dan menyepak kepala pengantin lelaki hingga hampir terkena wajahnya.Majlis Akad Nikah Kecoh, Bapa Pengantin Perempuan Tiba-tiba Menyepak KepaIa Bakal Menantu - sajagempak.com

Tak cukup dengan itu, bapa pengantin wanita cuba untuk menyerang bakal menantunya sekali lagi tetapi mujur dapat ditahan dan dileraikan.

Menurut Ketua Polis Kota Bima, Tuan Henry Novika Candra mengesahkan kejadian yang berlaku dalam video itu pada 14 Ogos bulan lepas.

VIDEO:

Tambahnya lagi, kes tersebut telah diserahkan untuk siasatan lanjut oleh pihak Polis Rasanae Barat. Kertas siasatan telah dibuka di bawah Jabatan Siasatan Jenayah dan motif kejadiannya itu akan disiasat dengan lebih lanjut.

Kredit: Harian Metro

Facebook Comments Box