Majlis Perkahwinan Jadi Heboh, Ular Sawa Dijadikan Mas Kahwin Buatkan Tetamu Tergaman

Pasangan mempelai di Bogor memecah tradisi biasa apabila menjadikan ular sawa sepanjang satu meter sebagai mas kahwin.sajagempak.com - Majlis Perkahwinan Jadi Heboh, Ular Sawa Dijadikan Mas Kahwin Buatkan Tetamu Tergaman

Portal Tribunnews melaporkan pengantin lelaki Sigit Agus Setiawan menghadiahkan ular sawa sebagai mas kahwin buat isteri tersayang, Tiara Puspita Dewi selepas mengunjungi pameran reptilia sebelum majlis pernikahan.

Tiara berkata, dia mengunjungi pameran itu bersama suaminya dan mengaku teruja melihat reptilia berkenaan.

“Ketika datang ke pameran, saya suka seekor ular di situ,” kata Tiara.

Suaminya kemudian membeli ular sawa itu dengan harga 2.7 juta rupiah (RM773) dan menjadikannya sebagai mas kahwin pernikahan mereka.

“Saya tidak tahu dia membelinya (ular itu) untuk mas kahwin,” kata Tiara.

Pasangan itu menjalin hubungan cinta selepas dipertemukan melalui hobi yang sama iaitu pencinta reptilia.

Ketika meraikan majlis perkahwinan mereka di Kampung Pasir Jambu, Sukaraja, Bogor, ular itu juga dibawa dan dipamerkan untuk tetamu.

sajagempak.com - Majlis Perkahwinan Jadi Heboh, Ular Sawa Dijadikan Mas Kahwin Buatkan Tetamu Tergaman

Ia juga ditayangkan ketika sesi bergambar kedua-dua mempelai di pelamin.

“Ketika resepsi pun ular itu kita bawa…cuma ke pejabat urusan agama…tidak bawa,” ungkap Tiara.

Bagi Sigit pula, akibat reptilia itu, majlis pernikahan mereka itu heboh dalam kalangan jiran.

“Jiran dari yang jauh sampai yang dekat bercakap mengenainya, semuanya menceritakan mas kahwin ular,” kata Sigit.

Selain itu, pihak keluarga sebenarnya menolak mas kahwin ular itu namun selepas diterangkan, keluarga mereka akhirnya mengizinkan.

Meskipun dijadikan mas kahwin, kata Sigit, ular sawa itu tidak secara rasmi tercatat di pejabat agama sebagai mas kahwin.

Bagaimanapun, rekod rasmi menunjukkan mas kahwin sebenar adalah cincin dan kelengkapan solat demi mengelak masalah berbangkit.

Ular itu kini menemani rumah tangga pasangan itu sebagai tanda janji suci dan juga sebagai kenangan yang menyatukan mereka.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box