Makhluk Putih Berbadan Sasa Ditemui Di Pergunungan, Disangka Bigfoot Tapi Bukan

Di media sosial baru-baru ini, tular satu video klip yang memaparkan seekor makhluk berwarna putih yang bertubuh sasa hingga membuatkan ramai terkejut dan kagum melihatnya.Makhluk Putih Berbadan Sasa Ditemui Di Pergunungan, Disangka Bigfoot Tapi Bukan - sajagempak.com

Menerusi video tersebut, seekor makluk berwarna putih dan berbulu tebal dilihat muncul dan berkeliaran di sebuah kawasan pergunungan.

Makhluk putih itu bagaimanapun dikenalpasti sebagai kambing gunung yang bertubuh sasa seperti yang ditulis dalam status ppengguna yang berkongsikan video tersebut yang bertulis “Kambing gunung bertubuh sasa dilihat di hutan.”Makhluk Putih Berbadan Sasa Ditemui Di Pergunungan, Disangka Bigfoot Tapi Bukan - sajagempak.com

Kemunculan kambing gunung di lokasi tersebut berkemungkinan untuk mencari makanan.

Di ruangan komen, beberapa netizen turut mengaitkan makhluk tersebut dengan makhluk mitos iaitu Bigfoot yang sehingga kini masih belum dapat dipastikan kewujudannya.

Makhluk Putih Berbadan Sasa Ditemui Di Pergunungan, Disangka Bigfoot Tapi Bukan - sajagempak.com

Ada juga yang berseloroh mengatakan bahawa kambing sado tersebut mungkin telah memakan kesemua kambing-kambing yang kecil hingga membuatkan badannya sebesar itu.Makhluk Putih Berbadan Sasa Ditemui Di Pergunungan, Disangka Bigfoot Tapi Bukan - sajagempak.com

“Sekilas pandang, saya ingatkan serigala jadian” – kata seorang lagi pengguna.

Anda boleh lihat video kambing gunung yang dikongsikan di bawah ini.

VIDEO:

Setakat ini video yang dikongsikan di lama twitter itu telah mencecah lebih 6.6 juta tontonan. Difahamkan kambing gunung ini biasanya boleh didapati di kawasan pergunungan di Amerika Utara seperti di Alaska.

Kredit: Daily Star

Facebook Comments Box