Marah Suami Belikan Rumah Untuk Isteri Muda, Isteri Tua Hantar Jentolak Untuk Robohkan Rumah Madunya

Marah Suami Belikan Rumah Untuk Isteri Muda, Isteri Tua Hantar Jentolak Untuk Robohkan Rumah Madunya. Antara cabaran utama lelaki yang beristeri dua atau lebih adalah untuk memastikan kebahagiaan keduanya dan tidak timbul persaingan atau iri hati terhadap satu sama lain. Namun, diakui tidak mudah untuk membuat sesuatu dan memberikan sesuatu kepada salah seorang tanpa timbulkan rasa cemburu pihak yang lain.sajagempak.com - Marah Suami Belikan Rumah Untuk Isteri Muda, Isteri Tua Hantar Jentolak Untuk Robohkan Rumah Madunya

Di Jakarta baru-baru ini, tular satu video memaparkan sebuat jentolak merobohkan sebuah rumah. Jentolak itu dihantar oleh seorang isteri tua kerana cemburu dengan isteri muda yang diberi rumah tersebut.

Rakaman video yang berdurasi lebih 8 minit tersebut dimuat naik oleh seorang netizen, Sugi Sergai di laman perkongsian video YouTube pada Isnin lalu sebelum tular di laman sosial.

sajagempak.com - Marah Suami Belikan Rumah Untuk Isteri Muda, Isteri Tua Hantar Jentolak Untuk Robohkan Rumah Madunya

“Isteri tua telah menghantar sebuah jentolak untuk meratakan rumah isteri muda.

“Isteri tua berasa marah dan cemburu sebaik saja mengetahui suaminya membelikan rumah baharu untuk madunya,” katanya.

sajagempak.com - Marah Suami Belikan Rumah Untuk Isteri Muda, Isteri Tua Hantar Jentolak Untuk Robohkan Rumah Madunya

 

Menurut penjelasan Sugi Sergai, peristiwa itu terjadi di Desa Mangga Dua, Kecamatan Tanjung Beringgin, Kabupaten Serdang Bedagai, Sumatera Utara.

sajagempak.com - Marah Suami Belikan Rumah Untuk Isteri Muda, Isteri Tua Hantar Jentolak Untuk Robohkan Rumah Madunya

Dalam video tersebut, jentolak itu telah merobohkan dinding dan bumbung rumah hingga rata sementara para penduduk pula berkumpul untuk melihatnya, dan tak kurang juga yang mengambil video dan gambar.

VIDEO:

Rata-rata netizen memberikan pandangan masing-masing dengan ada yang menyokong tindakan isteri tua terbabit dan ada juga yang mengecamnya dengan menyatakan semuanya boleh bincang baik-baik dengan suami.

Facebook Comments Box