Boleh dikatakan hampir setiap rumah atau bilik yang menggunakan kipas pasti akan berdepan dengan masalah kipas berputar dengan kadar yang perlahan daripada kelajuan biasa.
Biasanya keadaan ini akan berlaku kepada kipas lama atau yang digunakan dengan kerap, hampir setiap masa. Jika situasi ini berlaku di rumah, mesti anda akan berasa bengang dengan kelajuan kipas yang perlahan meskipun sudah set full swing bukan?
Jadi apa pilihan yang anda ada, takkan nak terus beli ganti baru bukan? Kalau ada duit banyak sampai tak tahu nak buat apa, itu lain kira lah. Seboleh-bolehnya, jika kipas ada masalah seperti ini, kita akan cuba baiki sama ada cari orang untuk baiki ataupun buat sendiri jika pandai.
Dalam kebanyakan kes, maslaah kipas berpusing perlahan ini boleh diselesaikan dengan hanya menukar satu alat yang dikenali sebagai kapasitor sahaja! Berikut adalah perkongsian berguna darpada page Malaysian Respond Team untuk pengetahuan kita semua:
Kebiasaannya bila kipas lama, letak speed 5 pusing macam angin sepoi-sepoi bahasa aje. Rupanya tak perlu tukar kipas, tukar capacitor sahaja! Capacitor ni macam hos, kalau tak elok, air akan leleh je keluar. Tapi kalau bagus, air memancut keluar, arus padat.
Berikut adalah step by step cara tukar capacitor untuk kipas standard:
1. Buka housing kipas (ada 1 screw di bahagian atas)
2. Tanggalkan capacitor lama
3. Potong wayar capacitor yang bersambung dengan earth dan supply (capacitor tidak mempunyai kutub, boleh sambung mana-mana hujung kemudiannya)
4. Gantikan capacitor baru, sambungkan semula wayar earth & wayar supply.
5. Tertib
Peralatan seperti pemutar skru, test pen dan wire cutter haruslah ada bagi memudahkan kerja. Selamat mencuba!
Sebagai info, kapasitor merupakan komponan elektronik yang dapat menyimpan dan melepaskan muatan elektrik atau tenaga elektrik dalam tempoh masa sementara dengan unit kapasitansinya adalah Micro Farad (µF).
Nilai kapasitor akan berkurang atau lemah disebabkan usia kipas itu dengan jumlah penggunaan yang kerap dan berterusan. Itulah sebabnya mengapa kelajuan kipas rumah berubah menjadi perlahan apabila tiba masanya.
Harga sebiji kapasitor adalah murah biasanya dalam RM5 pun ada dijual di kedai.
Jika kelajuan kipas siling di rumah anda makin perlahan dan sangat berbeza dari kebasaannya, maka mungkin itu petanda kapasitor kipas itu perlu ditukar.
Sumber: Malaysian Respond Team