Menabung Duit Jangan Campurkan Duit Kertas Dan Duit Syiling Dalam Satu Bekas

Menabung sememangya satu tabiat yang baik untuk diamalkan oleh semua orang tanpa mengira umur. Namun begitu mohon pastikan tempat atau bekas tabungan anda itu dalam keadaan yang baik dan juga sesuai.

sajagempak.com - Menabung Duit Jangan Campurkan Duit Kertas Dan Duit Syiling Dalam Satu Bekas

Seorang wanita yang dikenali sebagai Lily Noorly Mohd Noor berkongsikan kisah sedih mengenai sahabatnya yang menyimpan duit tabungan yang bercampur antara duit kertas dan juga duit syiling. Jom baca perkongsiannya di bawah ini:

Sekadar perkongsian bersama, ia terjadi pada sahabat baik sendiri. Niat menabung akhirnya lebur macam tu ja. Semua duit-duit dia mereput, relai, hancur, bila cuba nak buka dari lipatan.

sajagempak.com - Menabung Duit Jangan Campurkan Duit Kertas Dan Duit Syiling Dalam Satu Bekas

Kalau ada sesiapa yg simpan duit dalam tabung tin bercampur duit syiling rasanya elok dielakkan. Nak kata apa lagi dah kan. Hampir RM1k lebur macam tu je, bawa pergi bank tak tahulah terima atau tidak, be strong sahabat..

sajagempak.com - Menabung Duit Jangan Campurkan Duit Kertas Dan Duit Syiling Dalam Satu Bekas

Edit: Alhamdulillah, terima kasih yang share dan beritahu boleh tukar dan bank terima. Dia akan bawa ke bank dan mudah-mudahan akan dipermudahkan dan dapat balik ganti. Dia kata kalau tahu jadi macam ni memang tak akan simpan macam tu..Menabung Duit Jangan Campurkan Duit Kertas Dan Duit Syiling Dalam Satu Bekas

Sebagai pengetahuan bersama, duit yang reput,rosak atau koyak jangan terus dibuang kerana ianya kemungkian besaar masih boleh diselamatkan dengan ditukar di Bank. Duit yang reput tetapi masih ada lebih separuh saiz asal boleh ditukar dengan nilai penuhnya.

Kredit: Lily Noorly Mohd Noor 

Facebook Comments Box