Menamatkan Zaman Bujang Di Usia 56 Tahun, Foto Perkahwinan Nenek Ini Jadi Bualan Netizen. Majlis perkahwinan seorang anak dara tua (andartu) berusia 56 tahun bersama duda tanpa anak, viral di media sosial.
Wanita yang dikenali sebagai Hajah Hawang itu menamatkan zaman bujang dengan Sirajudin dalam satu majlis yang cukup meriah.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsi di Facebook, Hajah Hawang dan Sirajudin mengenakan sepersalinan pakaian tradisional serba merah yang cantik.
Tak ubah seperti ‘wedding of the year’, nenek 56 tahun itu dihias bak sang puteri terus tampil jelita dan nampak lebih muda daripada usia yang sebenar.
Seperti orang muda bergambar, kesemua foto pasangan pengantin baru ini menjadi viraI di media sosiaI, apabila rata-rata netizen suka melihat pasangan yang cukup romantik ini, walaupun sudah berusia.
“Jangan bersedih ketika jodohmu belum kau temukan,Karena sesungguhnya Tuhan sedang mempersiapkan jodoh yang terbaik untukmu” menurut tulisan Firman Fotography.
Ramai yang memuji pasangan itu, malah muka Hajah Hawang turut disolek bagi menaikkan lagi seri wajahnya.
Pengantin kelihatan cantik berseri
Menurut Hajah Hawang, dia terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga selepas terpikat dengan budi bahasa yang ditunjukkan suaminya.
Hajah Hawang turut berharap perkahwinannya ini akan kekal hingga ke akhir hayat.
Kami ucapkan selamat pengantin baru dan semoga berbahagia buat pasangan pengantin ini.
Kredit foto: Firman Fotography