Menggigil Tengok Puluhan Ekor Ular Bersarang Dalam Tilam Terpakai

Boleh dikatakan setiap rumah di dunia ini mempunyai tilam dan ramai antara kita yang tidak dapat tidur lena jika tiada tilam. Kebiasaannya tilam yang sudah dipakai lama akan terggelam dan menjadi kurang selesa untuk digunakan.

Menggigil Tengok Puluhan Ekor Ular Bersarang Dalam Tilam Terpakai

Jika sudah beli baru pula, mesti ada yang rasa sayang nak buang tilam lama dan akhirnya diletakkan di sudut atau stor. Tiada masalah jika mahu simpan tapi jika tak terjaga, maka mungkin ianya akan jadi sarang pepijat, lipas, kutu dan haiwan berbahaya seperti ular macam dalam kes di bawah ini.

Sebuah video tular memaparkan beberapa penduduk setempat ‘memunggah’ satu tilam terbiar telah menjadi tular di media sosial.

Manakan tidak, semasa membuka bahagian dalam tilam tersebut, para penduduk itu telah dikejutkan dengan puluhan ekor ular yang bersarang di dalamnya.

Bahkan di dalam tilam tersebut, terdapat juga ular berbisa seperti ular tedung yang terkenal dengan sifat g@nas dan merbahaya sekiranya dipatuk.

Rakaman penemuan puluhan ekor ular di dalam tilam itu telah menimbulkan rasa ngeri dalam fikiran warganet.

Menggigil Tengok Puluhan Ekor Ular Bersarang Dalam Tilam Terpakai

Menurut Tribun, tiga lelaki yang dilihat dalam video tersebut telah menemui tilam berkenaan dalam sebuah rumah kosong.

Berbekalkan parang dan pisau, ketiga-tiga lelaki itu telah memutuskan untuk membelah tilam tersebut.

Setelah beberapa minit membelah permukaan luaran tilam berkenaan, sebahagian bingkai di dalamnya mula kelihatan.

Sejurus selepas membuka permukaan tilam tersebut, mereka terkejut apabila mendapati bahawa terdapat puluhan ular yang mendiami tilam berkenaan, lapor Tribun.

Menggigil Tengok Puluhan Ekor Ular Bersarang Dalam Tilam Terpakai

Ular-ular yang mendiami tilam berkenaan tampak memiliki saiz yang berbeza-beza. Ada yang kecil dan ada yang tampak berisi dan besar.

Melihat ular itu bersarang di dalam katil berkenaan, lelaki tersebut terus mengambil guni dan bergegas memasukkan ular-ular yang dijumpai itu ke dalam guni.

Warganet yang menonton video berkenaan berasa ngeri dan geli ketika melihat ular-ular di dalam tilam tersebut.

Menggigil Tengok Puluhan Ekor Ular Bersarang Dalam Tilam Terpakai

“Jadi was-was terus dengan tilam sendiri,” tulis warganet bernama justalterago.

“Tak berani nak tidur malam,” tulis warganet bernama mfthlarf113.

“Saya menjadi risau untuk baring di katil saya selepas menonton video ini,” tulis seorang lagi warganet bernama junghunsoc_.

 Kalau ada tilam-tilam terpakai yang lama dah terbiar di rumah, tolonglah  jangan biarkan kotor dan periksa selalu.

Sumber: Tribun

Facebook Comments Box