Merajuk Dengan Suami, Wanita Ini Enggan Turun Dari Bonet Kereta Dipandu Suaminya

Dalam kehidupan rumahtangga, tidak semuanya manis dan akan adakalanya pasangan suami isteri akan bertengkar dan bergaduh mengenai sesuatu perkara disebabkan perbezaan pendapat ataupun perkara lain.Isteri Merajuk Dengan Suami Dan Enggan Turun Dari Bonet Kereta Yang Dipandu Suaminya - sajagempak.com. @allhebohmy. @allheboh

Gara-gara merajuk dengan suami selepas bergaduh, seorang wanita di utara China, enggan turun dari atas bonet kereta suaminya walaupun lelaki itu kemudiannya memandu kereta berkenaan.

Menurut laporan People’s Daily Online, dalam kejadian di Xianyang, wilayah Shaanxi, 1 September lalu, wanita berkenaan duduk di atas bonet kereta berkenaan dalam usahanya menghalang suaminya daripada keluar dari rumah.Isteri Merajuk Dengan Suami Dan Enggan Turun Dari Bonet Kereta Yang Dipandu Suaminya - sajagempak.com. @allhebohmy. @allheboh

Menurut laporan itu, lelaki berkenaan memandu kereta itu sejauh beberapa ratus meter sebelum berhenti.

Pihak polis yang melakukan siasatan mendapati lelaki berkenaan dikenali sebagai Zhao, bergaduh dengan isterinya mengenai masalah keluarga.Isteri Merajuk Dengan Suami Dan Enggan Turun Dari Bonet Kereta Yang Dipandu Suaminya - sajagempak.com. @allhebohmy. @allheboh

Si isteri cuba menghalang suaminya daripada keluar dari rumah, malah nekad duduk di atas bonet kereta, namun tidak dihiraukan suaminya, Zhao.

VIDEO:

Zhao kemudiannya dikenakan saman sebanyak 200 yuan bersama dengan dua mata penalti oleh pihak polis.

Facebook Comments Box