Meskipun Hanya Ada RM270, Nenek Tekad Belikan Handphone Untuk Cucu Agar Dapat Mengikuti Kelas Online

Bagi menghalang penularan Covid-19, kebanyakkan negara masih lagi dalam perintah berkurung. Justeru, sekolah-sekolah masih lagi tidak dapat dibuka.sajagempak.com - Meskipun Hanya Ada RM270, Nenek Tekad Belikan Handphone Untuk Cucu Agar Dapat Mengikuti Kelas Online

Namun, untuk memastikan para pelajar tidak ketinggalan, guru menggunakan inisiatif membuat kelas dalam talian. Akan tetapi, tidak semua dalam kalangan pelajar berpeluang mempunyai kemudahan telefon pintar atau komputer untuk menghadiri kelas online.

Gunakan semua duit agar cucu dapat pendidikan
Oleh itu, seorang nenek di Thailand bertekad mengumpul wang semata-mata mahu membelikan telefon pintar buat cucunya, agar dapat turut serta dalam kelas online seperti pelajar lain.

Menerusi perkongsian di Facebook pemilik kedai telefon, nenek itu yang hanya ada sebanyak RM270 ringgit telah bertanya kepadanya, jika masih terdapat telefon pintar yang boleh dibeli dengan harga tidak lebih daripada jumlah yang dimilikinya.

sajagempak.com - Meskipun Hanya Ada RM270, Nenek Tekad Belikan Handphone Untuk Cucu Agar Dapat Mengikuti Kelas Online

Cabaran buat pelajar susah
Jelas pemilik kedai tersebut, meskipun nenek itu dapat membeli telefon pintar berkenaan, namun dia masih perlu memperuntukkan wang untuk melanggan internet setiap bulan.

sajagempak.com - Meskipun Hanya Ada RM270, Nenek Tekad Belikan Handphone Untuk Cucu Agar Dapat Mengikuti Kelas Online

Buat pelajar yang berkemampuan, tiada kengkangan buat mereka untuk meneruskan inisiatif E-Learning atau pembelajaran dalam talian, namun buat pelajar yang datang daripada keluarga susah ia adalah satu dugaan buat mereka.

ยายพาหลานเดินมาถามว่ามีโทรศัพท์ราคาไม่เกิน2000มั้ย เลยถามยายว่าซื้อให้น้องใช้หรอ ยายบอกว่าน้องต้องเอาไปใช้เรียนออนไลน์…

Dikirim oleh Jatupol Boriboon pada Sabtu, 16 Mei 2020

Sumber : WOB, Borak Daily

Facebook Comments Box