Meteor Jatuh Menembusi Bumbung Rumah Dan Hampir Menimpa Wanita

Seorang wanita di Kanada berdepan dengan saat cemas apabila dirinya nyaris maut ketika satu meteorit tiba-tiba jatuh menembusi bumbung rumahnya dan jatuh keatas katil.Meteor Jatuh Menembusi Bumbung Rumah Dan Hampir Menimpa Wanita - sajagempak.com

Wanita yang dikenali sebagai Ruth Hamilton dari Golden, British Columbia terkejut dan terjaga dari tidurnya sepelas mendengar bunyi dentuman yang amat kuat. Sebaik sahaja bangun dari tidur, dia mendapati terdapat debu di wajahnya dan terus memasang lampu bilik.

DIa kemudian terkejut apabila mendapat ada seketul bongkah batu berada diatas katilnya dan mendapati bumbung rumahnya telah rosak. Ruth kemudian segera menghubungi talian kecemasan 911 untuk mendapatkan bantuan.

Pada mulanya, Ruth dan seorang pegawai membuat panggilan untuk mengetahui sama ada serpihan itu datang dari tapak pembinaan di Kicking Horse Canyon yang berhampiran. Namun mereka diberitahu pihak pengurusan projek bahawa pihak mereka tidak ada meletupkan sesuatu ketika kerja pembinaan.Meteor Jatuh Menembusi Bumbung Rumah Dan Hampir Menimpa Wanita - sajagempak.com

Namun kemudian, Ruth dan pegawai itu diberitahu pihak pengurusan projek yang mendakwa ada melihat satu cahaya terang di langit meletup dan menyebabkan dentuman itu.

Akhirnya, mereka menyimpulkan bahawa bongkah batu yang jatuh ke dalam rumah Ruth itu berkemungknan adalah meteorit. Tambahan pula, sekumpulan orang telah menyaksikan satu lintasan meteor di sebuah tasik yang terletak kira- kira 83 kilometer jauhnya dari rumah Ruth.

Meteor Jatuh Menembusi Bumbung Rumah Dan Hampir Menimpa Wanita - sajagempak.com
Meteor yang jatuh ke Bumi dikenali sebagai Meteorit

Syarikat insurans yang digunakan oleh Ruth Hamilton pula memaklumkan satu pemeriksaan akan dilakukan untuk mengetahui sama ada kejadian itu terkandung dalam pakej insuran mereka atau tidak. Ini kerana mereka tidak pernah lagi berhadapan dengan situasi meteor jatuh menembusi rumah seperti yang dialami oleh Ruth.

Mengenai batu meteorit yang jatuh ke rumahnya, Ruth memaklumkan bahawa dia bercadang untuk menyimpannya untuk ditunjukkan kepada anak cucu.

Facebook Comments Box