Misteri Objek Bercahaya Hijau Muncul Menerangi Ruang Langit Turki, Dikaitkan Kedatangan UFO Yang Mendarat

Baru-baru ini, penduduk di bandar Izmir, Turki dikejutkan dengan sebuah objek bercahaya hijau yang dipercayai terhempas ke Bumi dan kedengaran bunyi letupan yang kuat.Misteri Objek Bercahaya Hijau Muncul Menerangi Ruang Langit Turki, Dikaitkan Kedatangan UFO Yang Mendarat

Kejadian yang berlaku pada 2 Ogos 2021 sekitar jam 2 pagi itu sempat dirakam oleh beberapa orang penduduk yang turut terkejut melihat objek tersebut. Di dalam rakaman video, objek bercahaya hijau terang itu didapati meluncur laju di ruang langit sebelum ‘hilang’.

Pelbagai dakwaan timbul mengenai apa sebenarnya benda bercahaya hijau tersebut dan ramai orang berspekulasi terutamanya di media sosial yang mengaitkannya dengan kedatangan UFO yang mendarat ke Bumi.

“UFO telah dilihat di langit. #PrayforTurkey,” status seorang netizen di sosial media.Misteri Objek Bercahaya Hijau Muncul Menerangi Ruang Langit Turki, Dikaitkan UFO Yang Mendarat - sajagempak.com

Selain itu ada juga yang menganggap ianya adalah tahi bintang atau satelit yang terhempas.

Walaubagaimanapun, dakwaan mengatakan ianya merupakan UFO ditolak oleh seorang profesor astrofizik yang dikenali sebagai Dr. Hasan Ali Dal.Menurutnya, benda tersebut merupakan satu batu meteor atau juga dikenali sebagai tahi bintang dan insiden tersebut dikenali sebagai sebagai ‘bebola api’ dan ianya berlaku apabila meteor mula membakar di udara.Misteri Objek Bercahaya Hijau Muncul Menerangi Ruang Langit Turki, Dikaitkan UFO Yang Mendarat - sajagempak.com

“Ia boleh dianggap sebagai fenomena yang lebih dikenali ramai sebagai tahi bintang dan kebiasaannya berlaku ketika tempoh masa hujan meteorit,” ujarnya.

VIDEO:

Meteor atau tahi bintang memasuki atmosfera Bumi dengan kelajuan yang sangat tinggi dan menyebabkannya suhunya naik dan terbakar. Kebiasaannya meteor yang bersaiz kecil tidak akan mampu untuk sampai ke permukaan Bumi kerana sudah habis terbakar di ruang udara. Meteor yang berjaya sampai ke permukaan Bumi akan dikenali sebagai meteorit.

Facebook Comments Box