Monyet Curi Beg Berisi Lebih RM6000 Dari Seorang Wanita Sebelum Melemparkan Dari Tebing

Melancong merupakan salah satu aktiviti yang digemari oleh ramai orang terutamanya bagi mereka yang sudah menginjak usia dewasa. Namun begitu, dalam keseronokan pergi melancong, kita hendaklah jangan lalai dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling demi keselamatan dan kesejahteraan kita.Monyet Curi Beg Berisi Lebih RM6000 Dari Seorang Wanita Sebelum Melemparkan Dari Tebing

Baru-baru ini tular mengenai kisah menimpa seorang pelancong di Thailand yang berdepan dengan kejadian malang yang langsung tidak diduga apabila beg kepunyaannya yang bersisi duit sebanyak 50,000 baht (RM6,370) telah dilarikan oleh seekor monyet!

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Taman Negara Khao Phra Wihan, dalam wilayah Srisaket, Thailand. Monyet tersebut dikatakan melarikan sebuah beg seorang wanita kerana dipercayai sedang mencari makanan.

Namun begitu, monyet liar itu kemudian melemparkan duit berkenaan dari tepi tebing selepas menyedari tiada makanan di dalam beg yang dilarikannya.Monyet Curi Beg Berisi Lebih RM6000 Dari Seorang Wanita Sebelum Melemparkan Dari Tebing

Pelancong wanita tersebut kemudiannya meminta bantuan renjer hutan dalam usaha untuk mencari beg itu yang mengandungi barang-barang penting seperti dokumen peribadi serta wang tunai yang dianggarkan berjumlah 50,000 baht (RM6,370).

Selepas turun ke kawasan tebing kira-kira 100 meter, renjer hutan terbabit kemudiannya berjaya menemui beg kepunyaan pelancong wanita berkenaan. Renjer hutan itu juga sempat merakam dan menyiarkan usaha pencariannya melalui live facebook.Monyet Curi Beg Berisi Lebih RM6000 Dari Seorang Wanita Sebelum Melemparkan Dari Tebing

Menurut pihak Taman Negara Khao Phra Wihan, monyet-monyet di tempat berkenaan sememangnya mempunyai tabiat yang agak agresif dan suka merapmas barangan milik pelancong tertuamanya jika mereka mahu mencari makanan.

Beg tersebut kemudiannya dipulangkan semula kepada pemiliknya.

Kredit: Daily Star

Facebook Comments Box