Monyet Liar Nyaris Melarikan Bayi Perempuan Dari Rumah

Malang menimpa seorang bayi perempuan apabila dirinya hampir-hampir dilarikan oleh seekor monyet liar yang menceroboh masuk ke rumah mereka.sajagempak.com - Monyet Liar Nyaris Melarikan Bayi Perempuan Dari Rumah

Kejadian berlaku di rumah keluarganya di Taman Nusa Damai, Johor Bahru ada pukul kira-kira 11.30 pagi hari Ahad lepas. Bayi perempuan yang dikenali sebagai Aisyah Nur Zara Mohd Azmi nyaris dilarikan oleh seekor monyet liar yang memasuki rumah mereka.

Menurut ibu mangsa, Siti Nur Asikin Sulaiman, 42 ketika kejadian itu, Aisyah Nur Zara Mohd Azmi berada di bilik tidur utama manakala si ibu pula berada di dapur untuk sediakan susu.

“Tiba-tiba sahaja Zara menjerit dan menangis. Saya terus bergegas ke bilik untuk mendapatkannya dan terkejut melihat seekor monyet liar masuk melalui tingkap bilik dan duduk di atas belakang Zara yang saiznya lebih kurang sama, sambil mencakarnya.

sajagempak.com - Monyet Liar Nyaris Melarikan Bayi Perempuan Dari Rumah
Gambar Hiasan

“Apabila cuba menghalau termasuk menggunakan batang penyapu, monyet itu seakan menarik tangan Zara dan membawanya keluar.

“Mujur ada jiran sebelah rumah membantu. Sejurus itu, saya cuba tenangkan dan dukung Zara, sebelum menyedari baju belakangnya koyak dan ada darah pada badannya,”

Dua orang anak lelaki Nur Asikin yang berusia 15 dan 8 tahun juga berada di rumah dan sedang menonton TV di ruang utama manakala bapa mereka sudah pergi bekerja.

sajagempak.com - Monyet Liar Nyaris Melarikan Bayi Perempuan Dari Rumah

Si ibu segera membawa bayinya ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan, manakala jiran membuat aduan secara dalam talian di laman web Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

“Doktor memaklumkan Zara terpaksa ditahan 14 hari kerana bimbang dengan jangkitan, apatah lagi antibodi Zara kuat. Doktor juga memberikannya dos vaksin rabies untuk rawatan,” katanya.

Nur Asikin mengakui hatinya sedih melihat bayinya itu yang tidak boleh terlentang dan menangis kesakitan.

sajagempak.com - Monyet Liar Nyaris Melarikan Bayi Perempuan Dari Rumah

Pengarah PERHILITAN negeri, Salman Saaban, ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan berhubung kejadian itu dan pihaknya sudah menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan segera.

Tambahnya lagi pihak jabatan akan memasang perangkap kera di kawasan berkenaan dan haiwan haiwan itu akan diburu untuk dilupuskan kerana sudah mendatangkan ancaman keselamatan kepada orang awam.

Apa-apa pun, kita doakan semoga adik Aisyah Nur Zara Mohd Azmi cepat sembuh.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments