Motosikal Yamaha 125zr Dijual Dengan Harga RM85 Ribu, Ini Sebab Kenapa Ada Sanggup Beli

Memang tidak masuk akal sebaik mendengar harga sebenar motosikal ini menyamai harga sebuah kereta Honda City baharu atau sebuah flat kos rendah.sajagempak.com -  Motosikal Yamaha 125zr Dijual Dengan Harga RM85 Ribu, Ini Sebab Kenapa Ada Sanggup Beli

Namun itulah realiti apabila seorang jurutera dari Flat Sri Melaka, Cheras, Kuala Lumpur menjual motosikal Yamaha 125zr Go! dengan harga RM85,000 kepada seorang peminat model berkenaan.

Yamaha 125zr Go! edisi pelumba MotoGP, Valentino Rossi yang dikeluarkan khas pada 2003 itu dijual tunai kepada lelaki dikenali sebagai Chuong, sebelum tular di media sosial.

Mohamad Azehar Mat Siam, 29, berkata, dia terkejut apabila ada peminat Yamaha 125zr yang sanggup membayar harga tinggi untuk memiliki koleksi motosikalnya.

Rupanya pembeli datang dari Vietnam

Menurut Azehar lagi, Chuong bukan orang Malaysia sebaliknya berasal dari Vietnam dan memang peminat peminat tegar model berkenaan.

” Saya sengaja meletakkan harga RM85,000 supaya Chuong tidak membelinya, namun tidak sangka dia terus memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun bank saya sebanyak RM30,000 petang semalam.

sajagempak.com -  Motosikal Yamaha 125zr Dijual Dengan Harga RM85 Ribu, Ini Sebab Kenapa Ada Sanggup Beli

” Pagi tadi, dia datang ke rumah untuk melihat motosikal itu dan terus bersetuju membelinya, serta membayar baki keseluruhan sebanyak RM55,000.

” Malah, Chuong turut membeli beberapa alat ganti motosikal Yamaha 125zr Go! original yang saya simpan seperti tayar dan ‘cover set’ keluaran khas model itu dengan harga RM5,000,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Katanya, dia membeli motosikal itu pada 2003 kerana terlalu meminati pelumba motosikal berkuasa tinggi dari Itali itu.

” Semua alat ganti keluaran khas Yamaha 125zr Go! edisi Valentino Rossi juga saya simpan sebagai koleksi peribadi.

” Motosikal itu dibeli dengan harga RM6,617.76 dan saya tidak pernah menunggangnya, malah tidak didaftarkan.

sajagempak.com -  Motosikal Yamaha 125zr Dijual Dengan Harga RM85 Ribu, Ini Sebab Kenapa Ada Sanggup Beli

” Sayang nak guna motosikal itu, jadi selama 17 tahun ini, motosikal itu hanya disimpan di dalam rumah,” katanya yang mengakui koleksi itu sukar diperoleh sekarang.

Justeru, katanya, tidak hairanlah peminatnya sanggup membeli dengan harga tidak masuk akal.

” Saya minat motosikal dan gemar membeli serta mengumpulnya sejak daripada zaman sekolah.

” Sekarang saya mempunyai sembilan motosikal iaitu dua motosikal Yamaha RX-Z, tiga Yamaha 125zr, tiga Honda EX5 dan sebuah Honda C70,” katanya.

Menurut Azehar, beliau akan menggunakan sebaik mungkin duit hasil jualan motosikal tersebut dengan menyimpan dan melaburkannya.

Sementara menerusi ruangan komen, itu kisah tentang harga motosikal ini telah menimbulkan perdebatan di kalangan warganet.

Segelintir menyindih pembeli kerana sanggup membeli pada harga sebegitu tinggi, tak kurang yang mempertahankan penjual motosikal tersebut.

” Bukan dia yang nak jual, orang tu yang nak beli..tu namanya rezeki..kat vietnam silap-silap org tu boleh jual lagi mahal”, kata Idris.

Sumber: Limauais.pw

Facebook Comments Box