‘Muka Jadi Hitam, Mulut, Hidung Kembang, Suara Garau’ – Alahan Teruk Ketika Hamil

“SUAMI selalu puji cantik bila saya sedih mengadu kulit muka berubah hitam, tumbuh biji-biji dan mulut serta hidung mengembang.sajagempak.com - ‘Muka Jadi Hitam, Mulut Dan Hidung Kembang, Suara Garau’ - Alahan Teruk Ketika Hamil

“Kata perangsang suami itulah yang menguatkan semangat saya untuk melalui fasa alahan,” kata Nurul Asma Abd Malik, 25.

Nurul Asma tular selepas dia memuat naik perbandingan wajahnya ketika hamil anak pertama dua tahun lalu dengan wajah terkini kelmarin.

Menurutnya, dia memuat naik perkongsian itu sekadar untuk suka-suka bagi mengimbau kembali kenangan ketika berdepan situasi alahan yang jarang berlaku kepada wanita hamil.

sajagempak.com - ‘Muka Jadi Hitam, Mulut Dan Hidung Kembang, Suara Garau’ - Alahan Teruk Ketika Hamil

“Kelmarin, kebetulan saya memakai tudung sama ketika mahu melahirkan anak pertama pada 30 Mac 2018, jadi saya muat naik perbezaan gambar terkini dan ketika wajah dulu di Facebook.

“Perkongsian itu sekadar mengenang kembali kenangan lalu, tidak sangka ia menjadi perhatian netizen, malah ada yang salah sangka sedangkan status dimuat naik merujuk kepada komen netizen pada masa itu kerana perkongsian perubahan wajah saya ini pernah tular dulu.

“Ada yang keliru menyangka saya berketurunan kulit hitam dan pakai produk merkuri sedangkan itulah kesan perubahan hormon yang berlaku kepada saya ketika hamil.

“Malah, baru tahu rupanya ramai juga senasib saya melalui perubahan menakutkan itu ketika hamil, namun tidak sanggup mendedahkannya kerana hilang keyakinan dan malu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

sajagempak.com - ‘Muka Jadi Hitam, Mulut Dan Hidung Kembang, Suara Garau’ - Alahan Teruk Ketika Hamil

Model pakaian dari Baling, Kedah itu berkata, dia mengalami alahan jarang berlaku itu dua kali sepanjang tempoh kehamilan anak pertama dan kedua.

“Kali pertama kena dulu muka saya semakin hari menjadi hitam, kembang dan suara saya menjadi garau macam lelaki.

“Ia membuatkan saya berasa sedih dan bimbang terutama bila memikirkan kulit wajah tidak akan kembali seperti asal hingga malu berjumpa orang,” katanya.

Namun, Nurul Asma bersyukur suami dan keluarganya banyak memberi sokongan untuk melalui tempoh sukar itu dengan tenang dan sabar.

“Alhamdulillah, ia pulih selepas enam bulan, malah kehamilan kedua tahun lalu saya dapat laluinya dengan lebih tenang kerana sudah ada pengalaman,” katanya. – Harian Metro

Facebook Comments Box